Kelab gergasi dari Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bakal menjalani sesi latihan pra musim di salah satu negara Asia Tenggara iaitu Thailand.

Baca Juga:

Menurut laporan L’Équipe, kejohanan Trophée des Champions yang mempertemukan juara Ligue 1 dan juara Coupe de France bakal berlangsung di Asia dan Thailand menjadi pilihan utama untuk menjadi tuan rumah.

Kejohanan ini mula diadakan di luar Perancis sejak 2009 dan beberapa negara pernah menjadi tuan rumah seperti Kanada, Tunisia, Morocco, Austria, China, Amerika Syarikat, Gabon dan tahun lalu Israel dipilih sebagai tuan rumah.

Miami pada mulanya menjadi pilihan namun Paris Saint-Germain memutuskan mereka mahu mengadakan aksi pra musim di Asia pada tahun ini. Jepun kemudiannya menjadi pilihan namun penganjur akhirnya memilih Thailand sebagai tuan rumah.

Sejak 2013, PSG menjadi pasukan yang paling banyak memenangi Trophée des Champions dimana mereka menang 9 kali dan hanya tewas dalam satu edisi iaitu pada 2021 dimana ketika itu mereka tewas kepada LOSC Lille.

Sekiranya Thailand rasmi menjadi tuan rumah, Stadium Rajamangala berkemungkinan besar bakal menjadi venue kerana stadium itu mampu menampung penonton sehingga 70,000.