Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed percaya padang baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan siap sepenuhnya sebelum Pestabola Merdeka yang bakal berlangsung pada bulan Oktober 2023.
Baca Juga:
- TMJ: Fasiliti Kita Akan Ketinggalan Jika Tidak Tukar Padang
- Padang Hybrid Pertama Malaysia Dipasang Di Stadium Larkin
- Orang Awam Tidak Lepaskan Peluang Bawa Balik Rumput Lembu Dari SNBJ
Menurutnya, proses penanaman rumput jenis Zeon Zoysia itu dijangka akan siap pada penghujung bulan Ogos berdasarkan janji yang dikemukan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
“Proses penambahbaikan sudah berlangsung awal bulan dan saya difahamkan bahawa hujung Ogos ini akan siap, kita yakin sebelum sepak mula Pestabola Merdeka padang yang dijanjikan KBS akan siap,” jelasnya dalam sidang media semalam.
Malah, FAM juga sudah ada stadium alternatif sebagai ganti jika keadaan padang tersebut belum berada di tahap memuaskan untuk perlawanan bertaraf antarabangsa.
“Jika ada apa-apa yang berlaku, kita di FAM sentiasa ada pelan B, cuma buat masa ini kita tidak akan beritahu lagi, sampai masanya kita akan umumkan,” tambah Firdaus.
SNBJ bakal menjadi antara 4 buah stadium utama di Asia Tenggara yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia selain Stadium Nasional Singapura, Stadium Utama Gelora Bung Karno serta Stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim.
Difahamkan proses penggantian rumput ini menelan kos berjumlah RM2.3 juta dan ditaja oleh TMJ sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penggantian Rumput Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Mac 2023. Baginda telah menaja padang Zeon Zoysia stadium nasional sebagai sumbangan kepada bola sepak Malaysia. (1/2) pic.twitter.com/iFSPBX0TnT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 18, 2023
Rumput lembu atau jenis ‘Cowgrass’ tidak sesuai lagi digunakan untuk bola sepak moden. Ia mempunyai akar yang pendek dan daun besar serta lembut sekaligus menyebabkan bola melantun setiap kali melakukan hantaran.
Penggunaan rumput ini pernah dikritik oleh ketua jurulatih UAE, Bert Van Marwijk ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 tahun lalu. Beliau menyifatkan rumput jenis ini terlalu tebal dan menyukarkan pemainnya untuk membuat hantaran dengan lancar.