Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan masih memerlukan khidmat Datuk Ong Kim Swee tetapi bukan sebagai jurulatih sebaliknya bakal mengisi jawatan pengarah pembangunan belia dan terlibat dalam program akar umbi.
Menurut laporan daripada Stadium Astro, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengesahkan perkembangan itu meskipun Kim Swee gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) apabila skuad B-22 negara tersingkir awal dari temasya Sukan SEA di Filipina minggu lalu.
“Ia jawatan yang amat berbeza.
“Sebagai ketua jurulatih, jawatannya berpandukan keputusan perlawanan manakala sebagai pengarah pembangunan belia yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun bersama FAM, kematangan dan pengalamannya memerlukan satu fasa baru dalam kariernya, ia dipersetujui olehnya sendiri,” katanya.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam pertahan tindakan badan induk itu mengekalkan Ong Kim Swee sebagai Ketua Unit Belia FAM. Kontrak baru akan dibincangkan kemudian. pic.twitter.com/fdPztSZIrI
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 25, 2019
Ong Kim Swee sebelum ini pernah membantu Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA pada tahun 2011 dan pingat perak pada tahun 2017 di Kuala Lumpur.
Pencapaian terbaik beliau membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China sebelum melakar kejayaan membanggakan dengan menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta.
FAM akan mengadakan perbincangan dengan Kim Swee berhubung jawatan berkenaan yang membabitkan kontrak baru.
“Kami telah berbincang mengenainya (tentang kontrak) bersama dia dan walaupun kami memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya, semua perlu memahami bahawa dia sudah bersama kami untuk tempoh yang lama.
“Banyak pasukan lain pasti akan memburu khidmatnya dan beliau mempunyai reputasi yang hebat tetapi kami merasakan ada bidang lain yang dia dapat membantu kami,” jelasnya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.
Penyerang Muda Myanmar Tolak Tawaran Kelab Malaysia Kerana Gaya Permainan Tak Sesuai