Majlis Olimpik Asia (OCA) memutuskan untuk memberi kebenaran kepada atlet dari Russia dan Belarus untuk bertanding dalam temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou.
Baca Juga:
- Rusia Dan Belarus Dijemput Sertai Sukan Asia 2022 Di Hangzhou
- Juara Liga Rusia Uji Kemampuan JDT Di Dubai
- Rusia Semakin Hampir Guna Tiket Asia Bertanding Di Peringkat Antarabangsa
Perkara ini dikongsikan oleh Asean Football menerusi laman media sosial dimana OCA mengenakan tiga syarat sekiranya atlet dari Russia dan Belarus mahu bertanding dalam temasya Sukan Asia 2023.
Antara syarat yang dikenakan oleh OCA ialah atlet bertanding tidak layak untuk memenangi sebarang medal dalam sukan yang mereka sertai. Langkah ini diambil kerana mahu memberi keutamaan kepada atlet dari Asia.
🚨 The Olympic Council of Asia voted to allow athletes from Russia 🇷🇺 ,Belarus 🇧🇾 to participate in the 19th Asian Games in Hangzhou under 3 conditions:
🔸 Athletes will not be eligible for medals.
🔸 Under a neutral flag
🔸 No national symbols will be permitted. pic.twitter.com/nJgjWbBvjK— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 9, 2023
Syarat yang kedua adalah atlet dari dua negara tidak boleh menggunakan bendera negara masing-masing dan harus memakai bendera neutral sepanjang beraksi.
Syarat ketiga ialah tiada simbol bersifat kenegaraan dibenarkan dimana atlet dari dua negara perlu memakai simbol berkecuali.
Kedua-dua negara itu dihalang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan antarabangsa utama ekoran isu pencerobohan terhadap Ukraine.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum ini menjelaskan kebenaran untuk atlet dari Russia beraksi di Sukan Olimpik 2024 turut ‘dipertimbangkan’ sekalipun timbul desakan supaya atlet dari negara terbabit dihalang daripada temasya itu.
“Semua atlet tanpa mengira kerakyatan atau pasport yang dipegang seharusnya dibenarkan bertanding dalam pertandingan sukan,” kata OCA dalam satu kenyataan.
Rusia biasanya bersaing sebagai sebahagian daripada Eropah tetapi mempunyai hubungan yang tegang dengan kebanyakan negara yang ditetapkan sekaligus dihalang menyertai acara kelayakan di sana.
Sebelum ini, Kesatuan bola Sepak Rusia (RFU) mempertimbangkan untuk meninggalkan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) demi menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).