Baru-baru ini, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan mereka telah menandatangani pemain kacukan Malaysia, Nathaniel Shio Hong Wan dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Wolverhampton Wanderers.
Perjanjian ini tertakluk kepada kejayaan permohonan kerakyatan Malaysia dan akan bermula apabila kontrak semasa beliau tamat pada bulan Jun.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, pengendali Wolves, Nuno Espirito Santo mengulas mengenai kualiti yang dimiliki oleh Hong Wan yang pernah beraksi bersama skuad senior dalam satu kejohanan pra musim.
Malaysian-English footballer Hong Wan is currently part of the Wolves set-up and here’s what Nuno Espirito Santo had to say about him 🔥#StadiumAstro pic.twitter.com/dhAqZemTol
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) December 26, 2020
“Dia (Hong Wan) pernah beraksi dalam kejohanan Asia Trophy. Saya rasa dia terlibat dalam dua perlawanan terutama pada perlawanan akhir menentang Manchester City dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantia .
“Setelah dimasukkan, beliau menampilkan prestasi yang baik. Semua pemain muda yang kami ada merupakan back up yang bagus. Jika kami tidak mempunyai bilangan pemain yang cukup, kami akan bergantung kepada pemain muda,” kata Nuno.
Nathaniel Shio Hong Wan merupakan salah satu pemain muda kacukan Malaysia yang beraksi di saingan EPL selain Jaami Qureshi yang menyarung jersi Brighton and Hove Albion.
Pemain yang lahir di London ini merupakan kacukan Malaysia-China melalui ibunya yang berasal dari Tangkak, Johor.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Sri Pahang Mahu Dapatkan Pemain Sayap Skuad Kebangsaan Filipina
AFC Cup 2021: Aidil Sharin Ramalkan Persipura Jayapura Sertai Kumpulan H