Semakin ramai pemain yang angkat kaki dari TRW Kelantan dimana baru-baru ini, penyerang import dari Gambia, Nuha Marong memutuskan untuk menamatkan kontrak beliau dengan pasukan lebih awal.
Baca Juga:
- Miguel Cifuentes Tinggalkan TRW Kelantan, Sertai Sabah
- TERKINI: Carli de Murga Tinggalkan TRW Kelantan
- Bekas Pemain TRW Kelantan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Zamsaham
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Nuha mengikut jejak langkah pemain import lain yang meninggalkan pasukan sebelum ini.
Krisis yang berlaku dalam pasukan antara pihak pengurusan dan pemain dikhabarkan menjadi punca utama mengapa ramai pemain khususnya pemain import memutuskan untuk meninggalkan kelab dari Pantai Timur itu.
Carli de Murga menjadi pemain import terawal yang meninggalkan Kelantan dimana pemain itu berhijrah ke saingan Liga 1 Indonesia dengan menyertai Barito Putera.
Seterusnya, Miguel Cifuentes dan Ismahil Akinade menyertai kelab lain dalam saingan Liga Super yang mana Cifu menyertai Sabah manakala Akinade menyertai Kelantan United.
Ketua pasukan, Mario Arques turut meninggalkan Kelantan dimana beliau mengikut jejak langkah Nuha Marong yang mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak beliau dengan lebih awal.
Untuk menampung ketiadaan pemain import, pihak pengurusan memanggil semula pemain yang dipinjamkan ke kelab lain sebelum ini seperti Natanael Siringoringo.
Kelantan ketika ini menduduki tangga tercorot dalam carta Liga Super dimana mereka hanya mampu mengutip empat mata selepas mengharungi 14 perlawanan liga.