Pep Guardiola menyatakan dia sudah kehabisan kata kata ketika Manchester City diikat oleh Nottingham Forest pada aksi EPL semalam.

Baca Juga:

Manchester City turun ke City Ground pada Sabtu dengan harapan untuk menang. Selepas pesaing kejuaraan mereka, Arsenal baru sahaja mencatat kemenangan dramatik dalam sepak mula lebih awal.

Arsenal yang 2 kali ketinggalan berjaya menang 4-2 di Villa Park dengan 2 gol pada masa kecederaan sebelum tamat.

Namun di City Ground, Man City berdepan masalah penyudah yang tumpul. Walaupun mereka menjaringkan 1 gol, City sebenarnya banyak membazirkan peluang.

Juara bertahan itu hanya berjaya memecah kebuntuan minit ke-40 menerusi Bernardo Silva.

Kemudian mereka berdepan masalah untuk menambah gol.

Penyerang sensai mereka, Erling Haaland mensia-siakan dua peluang keemasan di hadapan gawang berturut-turut, ketika City masih mendahului 1-0.

City mesti menerima padah kerana banyak mempersia siakan peluang. Ini kerana Nottingham malah mampu menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi Chris Wood.

Manchester City gagal mendapatkan semula gol pendahuluan mereka selepas itu.

Hasilnya, City gagal mendapat 3 mata dan kembali semula ke tangga kedua. 3 mata di belakang Arsenal

Guardiola menyatakan dia tidak mampu untuk memberikan apa lagi alasan ketika pasukannya City diikat oleh Forest walaupun mereka bermain sangat baik.

Pasukannya mempunyai 23 percubaan dengan sembilan mengenai sasaran, tetapi hanya satu gol.
Guardiola berkata: “Persembahan yang hebat, kami bermain dengan sangat baik tetapi tidak dapat menjaringkan gol. Pada tahap ini, anda perlu dapat menjaringkan gol dan itulah sebabnya kami kehilangan mata.”

“Kami sepatutnya mendahului 2-0 atau 3-0 pada separuh masa, kami melepaskan rembatan pertama ke gawang dan kehilangan mata. Kami sedih dan kecewa tetapi kami bermain dengan sangat baik.”

“Kami terlepas peluang apabila kami hanya berada pada jarak satu meter daripada penjaga gol, bukan hanya sekali, tetapi beberapa kali. Oleh itu kami tidak menang. Apa lagi yang boleh saya katakan, cuba lagi?”

Pep Guardiola meminta agar pemain pemainnya berehat secukupnya. Kerana mereka masih ada banyak perlawanan penting selepas ini.