Temasya Piala Dunia 2022 sudah hampir tiba dan kami tahu ramai yang dah tak sabar untuk menyaksikan bintang kegemaran mereka beraksi untuk merebut piala paling berprestij dalam sukan bola sepak.

Peminat di Malaysia pun sudah merasai bahangnya. Ditambah lagi dengan kita kembali boleh bersukan selepas dua tahun ‘berehat’ kerana pandemik, ramai yang gembira dapat kembali ke padang untuk bermain sukan kegemaran ramai ini.

Justeru itu, penjagaan badan semasa dan selepas bersukan juga sangat penting. Lebih-lebih lagi bila kita berpeluh. Perkara pertama yang terlintas di fikiran sebelum bermain pastinya mahu rasa selesa sebelum beraksi di dalam padang.

Menawarkan solusi untuk penjagaan badan

NIVEA MEN ada jawapan untuk pastikan anda sentiasa selesa dan segar semasa di dalam dan di luar padang. Koleksi deodoran dan pencuci muka NIVEA MEN Deep direka rasmi untuk anda yang sentiasa aktif supaya dapat beraksi dalam prestasi tertinggi.

Deodoran NIVEA MEN Deep dengan kuasa arang hitam yang akan memberikan kelebihan kepada pengguna seperti bebas dari sebarang bakteria dan bau, perlindungan dari peluh selama sepanjang hari agar segar sepanjang hari dan yang paling penting bau maskulin yang tahan lama untuk memastikan anda kekal menonjol sepanjang bermain bola sepak atau berjaga untuk menyaksikan perlawanan.

@nivea_malaysia

Wanna know how REAL MADRID PLAYERS stay in control? #mynivea #myNIVEAMEN #realmadrid #footballers #footballtips #fyp

♬ original sound – nivea_malaysia – nivea_malaysia

Selain itu, NIVEA MEN juga menawarkan satu lagi produk berbentuk pencuci muka iaitu NIVEA MEN Deep Mud Foam yang turut menggunakan kuasa arang hitam yang mana mampu membersihkan secara mendalam untuk penyerapan magnetik minyak dan kotoran diikuti dengan manfaat kawalan minyak sehingga 8 jam dan mampu mengetatkan pori-pori.

Dengan penggunaan harian, ia akan mencerahkan kulit anda untuk kulit yang baik dan meningkatkan keyakinan anda. Yang paling best, lepas cuci pun dah rasa kulit segar dan tanpa rasa kering dan tegang!

Peluang memenangi RM40,000 dan jersi yang ditandatangani pemain bintang dunia!

Selain menawarkan produk penjagaan serta penjagaan badan, NIVEA MEN mahu menawarkan hadiah lumayan sempena temasya Piala Dunia 2022.

E-mypadang FIFA 23 Championship dikuasakan oleh NIVEA MEN akan diadakan sebagai satu usaha untuk menyemarakkan lagi kecintaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak dalam bentuk E-sukan.

@nivea_malaysia

Hot Real Madrid players in the house! Join us for an exciting game of FIFA 23’! #myNIVEA #myNIVEAMEN #realmadrid #footballers #FIFA #fyp

♬ original sound – nivea_malaysia – nivea_malaysia

Hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000 ditawarkan kepada perserta selain jersi yang ditandatangani oleh pemain bertaraf bintang dunia seperti Karim Benzema (Perancis), Trent Alexander-Arnold (England), Kevin De Bruyne (Belgium), Sadio Mane (Senegal), Son Heung-min (Korea Selatan), Eden Hazard (Belgium), Bruno Fernandes (Portugal) , Neymar (Brazil) dan Luka Modric (Croatia).

Bagaimana saya mahu menyertai E-MYPADANG FIFA 23 Championship?

Terdapat dua mode pertandingan yang ditawarkan dimana yang pertama, anda boleh membeli produk NIVEA MEN bernilai RM10 dan boleh menyertai pertandingan satu lawan satu dengan menggunakan mode 1v1 95 Rated Overall pada konsol PS4 atau PS5.

Yang kedua, anda boleh membeli produk NIVEA MEN bernilai RM50 dan anda boleh menyertai pertandingan Pro Club Mode via konsol PS4.

Jika anda adalah Pembelanja TERBANYAK untuk produk NIVEA MEN, anda berpeluang memenangi barangan eksklusif yang ditandatangani oleh legenda bola sepak! (selagi anda berbelanja paling banyak untuk NIVEA MEN, anda boleh berpeluang untuk menang!)

Tempoh peraduan: 17 Oktober – 31 Disember 2022. 

Anda boleh klik di sini untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai E-MYPADANG FIFA 23 Championship.

Dimana saya boleh mendapatkan produk NIVEA MEN?

Produk NIVEA MEN ini juga boleh dibeli secara atas talian di Shopee dan kami yakin anda akan berpuas hati dengan pencuci muka serta deodoran yang ditawarkan oleh NIVEA MEN.

Rugi jika anda tidak membeli produk NIVEA MEN kerana hadiah yang ditawarkan cukup menarik dan jika anda paling banyak berbelanja produk NIVEA MEN, anda berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif iaitu cenderahati yang ditandatangani legenda bola sepak!