Nissan Motor Thailand semalam telah menyerahkan 9 buah trak pikap kepada kelab SCG Muangthong United untuk menyokong operasi kelab itu untuk masa akan datang.

Majlis penyerahan itu telah diadakan di SCG Stadium yang dihadiri oleh Presiden Nissan Motor Thailand, pihak pengurusan tertinggi kelab serta para pemain serta jurulatih untuk memeriahkan upacara.

Jenama Nissan yang berasal dari Jepun itu tidak dapat dipastikan samada merupakan salah sebuah penaja atau pun tidak, tetapi mereka dilihat telah bekerjasama untuk menghasilkan beberapa siri video ‘The Champion Story’ yang boleh ditonton melalui saluran Youtube rasmi SCG Muangthong United.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3510157002342386&type=3

Setakat ini siri video tersebut banyak memaparkan kisah-kisah Theerathon Bunmathan di Jepun, khususnya bersama kelab Yokohama F Marinos.

https://www.youtube.com/watch?v=kE0zUCPnBjA

Perkara ini berkemungkin adalah salah satu kerjasama diantara Nissan yang merupakan penaja utama kelab Jepun itu untuk mengukuhkan jenama mereka dalam pasaran Thailand dengan menggunakan pengaruh yang dimiliki oleh kelab SCG Muangthong United.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Thai League Batalkan Penggunaan VAR Musim Ini, Kelab Boleh Bayar Sendiri RM11,000 Setiap Perlawanan Jika Berminat

Sepakan Mirip ‘Nakamura Bus Challenge’ Versi Tok Jiring Ini Viral, Pemandu Lori Sendiri Pulangkan Bola

Netizen Indonesia Ini ‘Jaki Betul’ Dengan Penghijrahan Luqman Hakim, Bandingkan Dengan Pencapaian Egy Maulana