Bintang bola sepak Vietnam, Nguyen Cong Phuong yang kini beraksi bersama K1 League, Incheon United dilaporkan akan meninggalkan kelab itu hari ini selepas berjaya melakukan 8 penampilan bersama skuad Blue-Black.

Menurut maklumat, Nguyen Cong Phuong telah menerima satu tawaran sesi percubaan bersama sebuah kelab yang beraksi dalam Ligue 2 (liga divisyen 2 Perancis).

Zing VN turut membuat laporan bahawa Cong Phuong yang berhijrah secara pinjaman ke Incheon United dengan kontrak 1 musim itu, beliau akan berada di Perancis selama 1 bulan dari 15 June hingga 15 Julai bagi menjalani sesi percubaan disana.

Berdasarkan kenyataan rasmi dari laman web Incheon United FC, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak pinjaman lebih awal pada 1 Jun 2019, bagi memberikan peluang untuk Cong Phuong menggunakan masa untuk proses permohonan visa di Perancis.

“Saya mahu memberikan persembahan yang terbaik di Incheon, tetapi saya gagal dan saya kesal dengan perkara itu. Saya mahu muncul sebagai pemain import yang lebih bagus dari apa yang saya ada sekarang.”

cfc94b4c9c5348953569e97106042ebd_20190602

“Saya tidak akan lupakan pengalaman berharga di Incheon. Saya tetap akan melakukan sehabis baik dimana saya berada.”

Nguyen Cong Phuong turut dimaklumkan telah meninggalkan Korea Selatan dan kembali ke Vietnam untuk persiapan menjelang kejohanan Thai King’s Cup yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Jun 2019. 4 negara sah menyertai kejohanan itu – Thailand, Vietnam, India dan Curacao.