Magpies telah membantai Spurs di hadapan penyokong sendiri dalam pertarungan tumpuan minggu ini.
Tottenham lunyai dibelasah oleh Newcastle di dalam aksi yang berlangsung di St James’ Park.
Skuad bimbingan Eddie Howe menjaringkan 5 gol pada separuh masa pertama. Sangat luar biasa sekali.
Newcastle menemui 5 gol pertama mereka dalam masa 21 minit pertama.
Jacob Murphy memulakan pembantaian tersebut dengan gol pertama pada minit ke-2.
Kemudian penyerang adal Brazil, Joelinton menambah gol kedua minit ke-6.
Selang 3 minit kemudian, Murphy meledak gol lagi. Sebelum. Alexander Isak menambah gol.
Ianya aksi yang sangat mengejutkan ditunjukkan oleh Spurs. Dalam usaha mereka mahu mara ke UCL musim hadapan.
Kelab itu ternyata lebih merasakan penderitaan berbanding kelegaan selepas pemecatan Antonio Conte.
Separuh masa pertama Spurs menerima makian daripada peminat mereka sendiri sama ada di dalam stadium dan di media sosial.
Half-time. pic.twitter.com/BWeTzOwcDY
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) April 23, 2023
Harry Kane ternyata ada separuh masa pertama yang tidak diingini dengan catatan statistik membingungkan ini.
Harry Kane completed 100% of his passes in the first half against Newcastle…
31% of them were from kick-off. 🙃#NEWTOT pic.twitter.com/H3dKIa5Ai8
— Squawka Live (@Squawka_Live) April 23, 2023
Separuh masa kedua bermula dengan gol oleh Harry Kane pada minit ke-49 — yang tak ubah hanyalah sebuah gol saguhati untuk pelawat.
Tetapi Newcastle terus menambah derita Spurs dengan gol keenam oleh Callum Wilson tak lama selepas itu.
Tiada lagi tambahan gol terhasil daripada kedua dua pasukan selepas itu. Dengan Magpies membantai Spues tanpa belas 6-1.
Kemenangan ini melonjakkan Newcastle ke tangga ketiga dan Spurs semakin bergelut mahu ke UCL musim hadapan.