Pendatang baharu Liga Super 2022, Negeri Sembilan (NSFC) mencipta kejutan apabila menewaskan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City (KL City), 2-0 untuk menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan semalam.
Skuad kendalian K. Devan itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan pada minit ke-11 menerusi bekas pemain import Pahang, Matheus Alves yang merembat masuk bola hantaran David Mawutor dari sebelah kanan.
KL City cuba bangkit mencari jaringan penyamaan namun mereka gagal menembusi benteng pertahanan NSFC yang beraksi cemerlang mengekang beberapa asakan berbahaya penyerang tuan rumah.
Bekas pemain import Pahang sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring kedua apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan. Kali ini disempurnakan oleh Herold Goulon yang beraksi bersama skuad Tok Gajah pada musim lalu.
ChampioNS ๐กโซ๐ด
Tahniah Jang ๐ช๐ช#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/GtujPtOjzb
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) February 17, 2022
Keputusan 2-0 itu menobatkan NSFC sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 manakala KL City menerima sumbangan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Wilayah Persekutuan, Yayasan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Ini piala pertama NSFC untuk musim 2022 dan ia memberi semangat tambahan kepada skuad Hobin Jang Hobin menghadapi perlawanan yang lebih mencabar dalam saingan Liga Super selepas ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
75 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia Bakal Menyaksikan Pelancaran Jersi JDT
Tindak Balas Endrick Dos Santos Punca Insiden Pergaduhan Berlaku
Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia
Melaka United Buat Kejutan, Umum Mat Yo Sebagai Pemain Baharu