Pasukan wanita Negeri Sembilan muncul sebagai juara sulung saingan Women’s Super League yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas menewaskan Footsouls dengan keputusan 1-0.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) semalam, Henrietta Justine muncul sebagai wira Negeri Sembilan apabila hantaran lintangnya gagal dikeluarkan oleh penjaga gol lawan, Rashidah Abdullah yang tertampan bola ke dalam gawangnya sendiri pada masa kecederaan.
Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kepada Negeri Sembilan sekaligus pasukan itu muncul sebagai juara sulung dalam kejohanan yang dianjurkan oleh FAS.
Nur Ezza Ashikin dinobatkan selaku penjaga gol terbaik kejohanan selepas pemain berusia 18 tahun itu hanya dibolosi satu gol dalam pertandingan ini. Nurul Nadia Roslan pula yang beraksi bersama Footsouls menerima trofi penjaring terbanyak kejohanan dengan 10 gol.
Henrietta Justine mendapat pengiktirafan selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) berdasarkan sumbangannya merekodkan 7 gol dan menyumbang 6 bantuan gol sepanjang kejohanan in berlangsung.
Saingan Women’s Super League ini wajar menjadi rujukan bagi mana-mana Persatuan Bola Sepak (FA) di Malaysia sekiranya mereka mahu mengadakan liga bola sepak wanita.
Sama seperti liga bola sepak lelaki, bola sepak wanita juga layak untuk mendapat perhatian dari semua pihak agar semua pemain mendapat tempat untuk bermain sekaligus beraksi bersama pasukan negara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Usaha Mantapkan Lagi Jentera Serangan, Trucha Mahu Bawa ‘Pasangan’ Buat Casagrande
Faisal Rosli Harap Dapat Beri Sumbangan Berkesan Buat Kelantan United
Dari UiTM FC Ke Scottish Premiership, Victor Nirennold Sah Sertai Motherwell