Pengendali baharu Kelantan United, Nazrulerwan Makmor meletakkan sasaran yang mana beliau mahu membawa pasukan itu untuk menduduki tempat tiga terbaik dalam saingan Liga Perdana musim ini.
Nazrulerwan dibawa masuk bagi menggantikan Zahasmi Ismail yang direhatkan susulam tiga kekalahan berturut-turut selepas saingan Liga Malaysia kembali bersambung.
“Saya datang nak bantu KUFC sebab kelab ini mempunyai pasukan yang bagus, pemain yang hebat dan cabaran yang berbeza tidak sama seperti di Liga M3”.
“Maka, saya terima cabaran dengan hati terbuka untuk menaikkan semula nama kelab dengan memperbaiki apa yang kurang selain tidak membuat perubahan drastik dalam pasukan,” kata Nazrulerwan Makmor.
Bekas pemain Selangor itu menambah sasaran yang diletakkan adalah realistik dan aksi menentang Sarawak United malam ini bakal menjadi permulaan bagi merealisasikan misi tersebut.
“Hadir bukan sebagai hero tetapi sasaran tempat 3 terbaik adalah realistik. Aksi malam ini di Kuching, kita mesti menang sebagai permulaan era baru KUFC,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai Kelantan United di sini:
Zahasmi Ismail Puas Hati Dengan Prestasi Pemain Kelantan United