Ketua jurulatih pasukan Kelantan United, Zahasmi Ismail berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain sepanjang perlawanan pra musim di Indonesia.
Baru-baru ini, Kelantan United meraih dua kemenangan di Medan, Indonesia apabila menewaskan FC Kwarta dengan keputusan 2-0 dan juga menang 1-0 ke atas Bansar FC.
Menurut Zahasmi Ismail, pemainnya mempamerkan peningkatan sepanjang mengharungi dua perlawanan di Medan.
“Pasukan yang ditentang memberi sedikit masalah kepada kita tetapi pemain menunjukkan karekter masing-masing untuk mencapai target dari barisan kejurulatihan,” kata Zahasmi.
Katanya lagi, mereka ke Medan bukan semata-mata mencari keputusan perlawanan tetapi mahu melihat corak permainan, kombinasi, kerjasama berpasukan serta keupayaan pemain menyerap taktikal yang diterapkan.
“Ada peningkatan berbanding perlawanan pertama namun masih belum cukup. Bagaimanapun mereka mempamerkan permainan yang baik dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol”.
Kelantan United akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2020 setelah berjaya muncul juara saingan Liga M3 musim 2019 lalu.
Baca artikel lain mengenai pasukan Kelantan United di sini:
Kelantan Mahu Cabar Pendatang Baharu Liga Perdana, Kelantan United