Naib Presiden BG Pathum United, Supasin Leelarit menafikan dakwaan yang mengatakan kelab beliau mahu mendapatkan khidmat penyerang import Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo.
Menurut Supasin, berita tersebut sama sekali tidak benar dan sekiranya kelab berminat untuk mendapatkan Diogo, maka kerja-kerja untuk menandatangani pemain itu sudahpun dimulakan.
“Berita itu tidak benar sama sekali. Jika kelab menandatangani kontrak bersama Diogo, maka kami akan mengumumkan perkara tersebut bagi menghormati JDT dan pemain itu sendiri.
“Saya boleh sahkan kelab tidak akan menandatangani Diogo yang mana kontrak beliau bersama JDT akan berakhir pada Disember ini. Jika nanti kedua-dua pihak bersetuju dengan tawaran yang diberikan, mungkin ada sesuatu yang boleh diusahakan.
“Selain itu, kami juga tidak akan membayar gaji sebanyak ฿4 Juta terhadap mana-mana pemain,” kata Supasin menurut laporan Siam Sport.
Selain BG Pathum United, satu lagi kelab Thai League 1 yang dikatakan berminat untuk mendapatkan Diogo ialah Port FC.
Port menjadi antara pasukan yang berbelanja besar musim ini dimana mereka membawa masuk pemain seperti Adisak Kraisorn dan Heberty Fernandes.
Baca artikel lain mengenai Diogo Luis Santo dan BG Pathum United di sini:
Pengerusi Port FC, Madame Pang Berminat Dapatkan Diogo Luis Santo
Diogo Luis Santo Tersenarai Dalam 5 Pemain Terbaik Brazil Di Saingan Thai League
BG Pathum United Buru Khidmat Bekas Pemain Pahang, Chan Vathanaka