Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 20 pemain yang bakal membawa cabaran negar dalam temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang bakal bermula 3 hingga 16 Mei ini.
Baca Juga:
- Luqman Hakim Ledak Jaringan Bantu Njardvik FC Mara Ke Pusingan 16
- Skuad Malaysia B-22 Cuma Ada 3 Hari Buat Persiapan Terakhir Ke Sukan SEA
- Ini Alasan Luqman Hakim Tak Dapat Sertai Sukan SEA 2023
Skuad B-22 tahun negara kendalian E.Elavarasan membariskan beberapa nama besar yang menyinar dalam saingan Liga Super bersama kelab masing-masing dalam skuad kali ini seperti Mukhairi Ajmal, Haqimi Azim, Azam Azmi Murad dan Sikh Izhan Nazrel.
Senarai Akhir 20 Pemain Harimau Malaya B-22 Ke Sukan Sea 2023 Di Phnom Penh, Kemboja Bermula 3 Mei Ini
Baca penuh di https://t.co/tQuVJxbjyW#FAM #HarimauMalaya #Cambodia2023 pic.twitter.com/wsYOq3d1lJ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 1, 2023
Akan tetapi, lima pemain iaitu Muhammad Syakimi Karim (Negeri Sembilan FC), Mohammad Zharmien Ashraf Ismail (Kedah Darul Aman FC), Fakrul Fareez Aidi (Selangor FC), Muhammad Nadzwin Mohd Salleh (Kuala Lumpur City FC) dan Muhammad Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC) yang mengalami masalah kecederaan tangan terpaksa digugurkan.
Selain itu, pasukan negara juga tidak dapat menggunakan khidmat penyerang yang beraksi di Liga Iceland iaitu Luqman Hakim dimana beliau dilaporkan tidak mendapat pelepasan dari kelab ekoran liga yang sedang berjalan.
Pasukan negara membuka tirai temasya Sukan SEA 2023 Kumpulan B bertemu Laos B-22 pada 3 Mei 2023 kemudian menentang Thailand B-22 (6 Mei 2023), Vietnam B-22 (8 Mei 2023) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 pada 11 Mei 2023 di mana kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Prince.
Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei 2023 dan aksi final serta penentuan tempat ke-3/4 berlangsung pada 16 Mei 2023.
Kali terakhir pasukan negara memenangi pingat dalam temasya Sukan SEA ialah pada edisi 2017 yang berlangsung di laman sendiri dimana ketika itu skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir.
Dengan kualiti pemain yang dibawa Elavarasan untuk edisi 2023, ini merupakan peluang terbaik untuk Malaysia memenangi pingat sekaligus menghapus badi sedia ada.