Setelah kehilangan dua pemain bintangnya, kelab Thai League 1, Muangthong United menegaskan mereka tidak akan menjual pemain lain, termasuk penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam.
Baru-baru ini, Muangthong menjual ketua pasukan, Sarach Yooyen ke BG Pathum United dan pemain pertahanan, Adisorn Promrak ke Port FC sebagai langkah untuk mendapatkan dana bagi meneruskan operasi kelab.
Muangthong memperoleh pendapatan sebanyak 40 Juta Bath atau RM5.4 Juta. Setelah mendapat keuntungan besar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ronan Ritsuwaja menegaskan pihaknya tidak akan melakukan penjualan pemain.
“Dua transaksi ini tepat pada masanya. Pemain mahu mencari cabaran baharu. Pasukan ini perlu menerima dua perkara. Ia menyakitkan serta memalukan kerana kami kehilangan pemain terbaik.
“Saya boleh pastikan pasukan ini tidak akan menjual mana-mana pemain selepas ini,” kata Ronan.
Penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam dijangka menjadi pemain seterusnya yang bakal dilepaskan oleh Muangthong memandangkan pemain ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
Namun, pihak kelab nyata berpuas hati dengan keuntungan yang diperoleh hasil daripada penjualan Sarach dan Adisorn.
Oleh itu, mereka mahu menyimpan Van Lam untuk terus menjadi penjaga gol nombor satu pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Thai League 1 di sini:
Mat Yo Akui Ramai Pemain Malaysia Sudah Mula Berminat Beraksi Di Liga Thailand
BG Pathum United Bayar RM4.1 Juta Dapatkan Khidmat Sarach Yooyen
Sarach Yooyen Jadi Rakan Sepasukan Matyo, Sah Sertai BG Pathum United