Umum kita ketahui bahawa kelab Thailand jauh lebih bijak dalam mencari dana untuk memantapkan kantung pasukan bagi menghadapi saingan liga setiap tahun dan salah satu kelab iaitu Muangthong United menjadi perbincangan baru-baru ini.
Baca Juga:
- Buriram United Enggan Lepaskan Pemain Ke Skuad Thailand
- Asian Games 2022: Thailand Terlalu Unggul Buat Malaysia
- Ketumpulan Penyudah Punca Harimau Muda Tewas Kepada Thailand
Menerusi laporan wartawan bola sepak Thailand, Muangthong dilaporkan bakal menerima bayaran sebanyak 25 Juta Baht atau sekitar RM3.2 Juta selepas menyewakan stadium mereka iaitu Stadium Thunderdome kepada pengelola konsert.
🤑 Muangthong United will earn up to 25M baht from hosting concerts at Thunder Dome Stadium during their 8-game away run.
Smart tactic?
Source: GOAT TV pic.twitter.com/DsZ4Ml8XwI
— Ta Lao (@talao_) October 4, 2023
Muangthong United mula beraksi di tempat lawan untuk lapan perlawanan liga sejak 30 September lalu kerana mereka telah menyewakan stadium mereka untuk digunakan sebagai venue bagi konsert artis dalam dan luar negara.
Antara konsert yang bakal diadakan di stadium tersebut ialah Le Sserafim Concert 2023 yang mana konsert ini akan menampilkan satu kumpulan penyanyi wanita yang sedang meningkat naik dari Korea Selatan iaitu Flame Rises. Selain itu, artis tempatan yang dikenali sebagai BamBam juga bakal membuat persembahan di stadium itu.
Meskipun langkah ini memaksa pasukan untuk beraksi di laman sendiri bagi lapan perlawanan liga, namun dari segi kewangan ini merupakan satu perkara yang baik bagi kelab kerana mereka mendapat bayaran yang tinggi dengan memanfaatkan sepenuhnya fasiliti yang dimiliki oleh mereka.
Muangthong United hanya akan kembali beraksi di laman mereka sendiri pada 15 Disember ini dimana mereka bakal turun menentang bekas kelab Safawi Rasid iaitu Ratchaburi.
Sebelum ini, musuh utama Muangthong iaitu Buriram United turut mendapat bayaran besar melalui penjualan jersi mereka pada awal musim ini dimana kelab itu mendapat sebanyak 33 Juta Baht atau sekitar RM4.3 Juta hasil daripada penjualan jersi Home baharu bagi musim 2023/2024.
🤑 33 MILLION BAHT on launch day
⚡️ Buriram United announce the first lot of their 2023/24 home jerseys have been SOLD OUT.
That’s 45,000 shirts each sold for 740 baht = 33.3M Baht 💰
To put that into perspective, the Thai League champions receive 10M Baht. pic.twitter.com/EJJ7sCVVD2
— Ta Lao (@talao_) August 2, 2023
Buriram menjual jersi dengan harga 740 Baht atau sekitar RM98 sehelai dan kelab itu berjaya menjual sebanyak 45,000 helai jersi pada hari pertama jualan. Satu angka yang cukup cemerlang!
Jumlah RM4.3 Juta itu terus masuk ke dalam kantung pasukan kerana Buriram United tidak menjalin kerjasama dengan mana-mana pengeluar jersi dan mereka membuat sendiri jersi yang dipakai setiap musim.
Antara faktor utama mengapa jersi kelab yang dijuluki The Thunder Castle itu laris dijual setiap tahun adalah harga yang dianggap berpatutan kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Pada musim 2021, Buriram berjaya menjual sebanyak 51,000 helai jersi terbaru mereka pada musim itu dan mendapat hasil jualan sebanyak THB35.6 juta atau sekitar RM4.56 juta.
Apa yang lebih menarik lagi, hadiah wang kemenangan bagi mana-mana kelab yang muncul juara saingan Thai League 1 adalah sebanyak THB10 juta atau RM1.28 juta. Akan tetapi, Buriram mendapat tiga kali ganda daripada nilai itu menerusi penjualan jersi mereka.