Jose Mourinho yakin England akan menamatkan kemarau trofi antarabangsa mereka dengan menjadi juara Euroo 2020. Ini ditambah dengan kebanyakan aksi mereka di Wembley.
Mourinho menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik England untuk memenangi trofi antarabangsa sejak kali terakhir pada 1966.
Pada masa yang sama Mourinho menganggap Perancis boleh dikira gagal jika gagal menjadi juara kali ini.
“Saya percaya England boleh menjadi juara Euro, maka kamu [peminat England] harus peraya juga,” kata The Special One.
🗣️"I believe England can win the Euros and so should you."
-Jose Mourinho pic.twitter.com/nzaBXT3Ep1
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 6, 2021
“England kemungkinan besar – bersama dengan Brazil – merupakan salah satu negara yang paling sukar untuk diuruskan kerana harapan orang ramai kepada pasukan ini sangat tinggi.”
“England negara yang sukar untuk diuruskan dan kita sentiasa meletakkan harapan tinggi kepada mereka. Secara tradisinya, selain daripada sokongan kepada mereka dari hari pertama, kita juga sering bermula dengan perkara negatif untuk mereka.”
“England harus kuat secara emosi untuk mengendalikan tekanan tinggi ini. Jika mereka berjaya melakukannya maka mereka ada peluang besar untuk juara.”
“Peringkat kumpulan mereka akan bermain di halamn sendiri, separuh akhir [jika mereka mara] di halaman sendiri dan final pun sama.
“Mereka harus menjuarainya sekarang kerana kali terakhir adalah pada 1966. Mereka gagal pada 96 kerana penentuan penalti adalah perkara yang sukar dijangka. Mereka harus memberikan segalanya kali ini.”
Walaupun yakin England akan mampu juara, namun Mourinho memilih Perancis sebagai pasukan pilihan juara.
"I believe England can win the Euros and so should you." Jose Mourinho interview. Praises "intelligent" Mount, "mature, calm" Rice and "complete player" Kane. Hails Dean Henderson as "a kid with incredible self-confidence – and he's ready". #enghttps://t.co/Q1IpnFftIc
— Henry Winter (@henrywinter) June 5, 2021
“Perancis boleh membentuk pasukan A, B dan C kerana mereka memiliki ramai pemain hebat.”
“Apabila kamu adan Kylian Mbappe dalam pasukan, sangat sukar untuk kamu tidak menang.”
“Saya tak nampak kelemahan pasukan Perancis. Jika saya diminta memilih siapa calon juara, saya pilih mereka, kerana kelompok pemain pemain mereka sangat luar biasa.”
“Perancis harus menjadi juara atau kempen ini dikira Euro yang gagal buat mereka.”
Baca juga artikel
TERKINI: Conte Tamatkan Rundingan Dengan Spurs, Kerana Isu Gaji Dan Sasaran Tak Realistik