Jose Mourinho menjelaskan sebab di sebalik polisi rekrut pemain AS Roma yang mencari pemain yang tidak menunjukkan prestasi terbaik atau tak perform.

Baca Juga:

Namun pemain pemain itu haruslah dari kalangan pemain yang berkualiti dan masih ada ‘peak’ pada karier mereka.

Kenapa?

Menurut pengurus itu, AS Roma tidak memiliki dana yang besar untuk menandatangani pemain pemain bintang ini jika mereka dalam prestasi terbaik.

Dia merujuk kepada 2 pemain yang Roma tandatangani kerana dalam senarai buangan kelab mereka iaitu Paulo Dybala dan Renato Sanches.

Peminat Roma sebelum ini pernah mengkritik pengurusan tertinggi kelab yang dianggap tidak memberikan sokongan dana secukupnya untuk Mourinho.

Sehinggakan kelab memberitahu Mourinho bahawa dia harus menjual pemain dahulu sebelum membeli.

Mourinho terpaksa bekerja dengan cara yang lain dengan mencari pemain yang tak perform untuk ditandatangani AS Roma.

Paulo Dybala tidak mendapat kontrak baharu dengan Juventus kerana dianggap tidak konsisten dan seringkali cedera.

Kemudian Renato Sanches turut gagal mendapatkan prestasi terbaik di PSG kerana masalah kecederaan.

Mourinho berkata: “Dybala datang ke Roma kerana pihak lain tidak yakin dengan keadaannya.”

“Renato Sanches dan kecederaanya. Jika dia tidak merana kerana kecederaan dia akan dengan mudah menjadi pemain kesebelasan utama di PSG.”

“Di AS Roma, kami tidak mampu membeli pemain yang menikmati musim yang bagus.”

Walaupun tindakan ini dianggap satu ‘gamble’ namun ini sahaja caranya AS Roma boleh mendapatkan nama nama besar seperti itu buat masa ini.