Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan syarikat sukan dari Jepun, Molten sebagai pembekal bola rasmi untuk semua perlawanan dalam saingan Thai League selama 8 tahun bermula musim 2021 hingga 2028.
Molten bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak Asia kerana bola rekaan mereka pernah digunakan dalam saingan AFC Champions League dan Piala Asia 2019. Malah, Molten juga merupakan bola rasmi saingan UEFA Europa League.
Selain bola sepak, Molten turut akan menjadi penaja bola rasmi untuk sukan bola sepak pantai, dan futsal di Thailand.
OFFICIAL: FA Thailand appoints world-leading ball manufacturer Molten as official match ball supplier on a eight years contract ✍🏼#EVERYTHINGTHAIFOOTBALL pic.twitter.com/fSqokI3kmm
— Everything Thai Football (@ETFthaifootball) January 15, 2021
“Selama 15 bulan, jawatankuasa telah meneliti kertas kerja dan dokumen kelayakan, Molten didapati telah mencapai kualiti yang diperlukan dan mereka layak menjadi pembekal rasmi,” kata kenyataan dari FAT.
Thai League sebelum ini menggunakan bola dari jenama tempatan, Grand Sport sebagai bola rasmi sejak tahun 2016.
Menurut Molten, bola itu sesuai dimainkan dalam mana-mana keadaan padang. Malah, ia juga turut memiliki ‘sweet spot’ yang lebih besar.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
AFC Umum Sportradar Sebagai Rakan Rasmi Penyediaan Data Dan Video Semua Pertandingan
“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata
Teerasil Dangda Mahu Cipta Gandingan Mantap Bersama Diogo Luis Santo