Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh menegaskan beliau kagum dengan sistem latihan yang diterapkan oleh kelab baharu beliau, Police Tero FC.
Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Sumareh berkata rata-rata pemain tiba awal ketika sesi latihan dan ada diantara mereka yang menjalani pemulihan atau bersenam.
“Saya fikir hanya saya sahaja yang sudah tiba di sana tetapi agak terkejut apabila melihat hampir kesemua pemain sudah berada di sana.
Mohamadou Sumareh mula menyertai sesi latihan Police Tero FC 👍
📷 Police Tero FC pic.twitter.com/46uGF1s5Ry
— VOCKET FC (@vocketfc) October 14, 2020
“Ada yang sedang menjalani pemulihan dan ada pula yang sudah mula bersenam. Mereka semua hadir sangat awal dan ia sesuatu yang amat baik.
“Latihan bermula jam lima tetapi mereka sudah berada di sana jam tiga petang,” katanya.
Tambah Sumareh, ketika ini ketua jurulatih Police, Rangsan Viwatchaichok sedang membantu beliau dimana Rangsan meletakkannya dalam program bersama jurulatih kecergasan.
Sumber mula menyertai sesi latihan Police Tero buat pertama kali pada semalam setelah menamatkan tempoh kuarantin selama 14 hari yang diwajibkan oleh kerajaan Thailand setelah tiba di negara itu.
Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh di sini:
Jurulatih Police Tero Mahu Bawa Mohamadou Sumareh Ke Perlawanan Menentang PT Prachuap
Tempoh Kuarantin Sumareh Berakhir, Bakal Sertai Rakan Sepasukan Police Tero