Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menetapkan tarikh iaitu 28 Februari sebagai sepak mula saingan Liga Malaysia musim 2020.
Perkara ini disahkan sendiri oleh badan itu dimana tarikh tersebut dipilih berdasarkan prosedur rapi serta proses Economic Control Programme (ECP) yang bakal diimplementasi bagi saingan musim hadapan.
SELARAS DENGAN PELAKSANAAN ECP, LIGA MALAYSIA AKAN BERMULA PADA 28 FEBRUARI 2020
Baca lanjut 👉🏻 https://t.co/cZiL7Gq299#MFL pic.twitter.com/aQ55Mhjo2R
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 13, 2019
“Kesemua pasukan harus menyerahkan bajet kepada MFL sebelum tarikh tutup pada 15 Disember ini di mana MFL akan mengenalpasti atau mengesahkan kos sebenar skuad utama mereka yang dibenarkan pada 15 Januari tahun depan.
“Kemudian pasukan-pasukan barulah dibenarkan untuk mendaftarkan pemain sebaik jendela perpindahan pertama Liga Malaysia dibuka pada 16 Januari hingga 15 Mac tahun depan.
“Jadi proses dan prosedur ECP ini harus dipatuhi oleh setiap pasukan Liga Malaysia dan menyaksikan saingan akan bermula pada 28 Februari tahun depan. Tempoh masa ini bagi memastikan persediaan mereka berada dalam tahap terbaik selaras pengenalan ECP pada musim depan,” kata MFL.
📸 Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) yang ke-17 di pejabat MFL.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL.
[1/2]#MFL pic.twitter.com/jcczDzbMq8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 3, 2019
Bermula musim depan, pasukan Liga Super dan Liga Premier perlu mematuhi peraturan baharu iaitu ECP di mana langkah MFL ini sebagai usaha menangani masalah kewangan pasukan khususnya hutang dan tunggakan gaji pemain.
Tirai Liga Malaysia akan disingkap pada 28 Februari ini dengan perlawanan Sumbangsih yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim Larkin.
Baca artikel lain mengenai persiapan pasukan Liga Malaysia menjelang saingan musim 2020 di sini:
Negeri Sembilan Diperkuatkan Tujuh Pemain Baharu Hadapi Liga Malaysia Musim 2020
Perak Cari Seorang Lagi Pemain Import Ganti Tempat Hussein El Dor
Amirul Hadi Zainal Sertai Staf Kejurulatihan Johor Darul Ta’zim II