Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju Liga Malaysia musim ini.
Sebelumnya, terdapat beberapa cadangan seperti mengorbankan salah satu saingan sama ada Piala Malaysia atau Piala FA atau terus membatalkan saingan Liga Malaysia musim 2020 kerana penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya mempunyai perancangan sendiri mengenai hala tuju Liga M.
“Itu pandangan (membatalkan Liga M dan Piala Malaysia) dan kita anggap pandangan itu hak masing-masing. Tapi bagi pihak MFL kita sudah ada perancangan sendiri.
“Mungkin terlalu awal (membuat keputusan berdasarkan cadangan itu) dan kita pun tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Kita kena bersabar dan pasukan pun memahami situasi sekarang ini. Kita kena kuat dan tak boleh patah semangat untuk menghadapi perkara ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Saingan Liga Malaysia ditangguhkan untuk jangka masa lebih sama ekoran keputusan kerajaan Malaysia untuk memperpanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 28 April ini.
Tambah Dato’ Ab Ghani, pihaknya akan mengumumkan perancangan yang dimiliki kepada semua pihak dalam masa terdekat.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Kpah Sherman Hantar Sumbangan 625kg Beras Untuk Bantu Komuniti Di Liberia Hadapi Kesusahan
FAM Gesa Pihak Berkepentingan Agar Patuh Dengan Garis Panduan FIFA