Teka-teki mengenai baki bayaran geran tahunan Liga Malaysia musim 2019 bakal terjawap dalam masa terdekat apabila Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bakal mengadakan kongres bersama pasukan bertanding pada 14 Disember ini.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin dimana pihaknya akan membuat pengumuman mengenai baki bayaran geran tahunan selepas kongres tersebut diadakan.

MFL
Sumber Gambar: MFL

“Kita akan adakan kongres khas dan kita akan bermesyuarat dengan semua pasukan bertanding untuk diberikan penerangan.

“Selepas itu kita akan buat pengumuman,” kata Datuk Hamidin menurut laporan Berita Harian.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam telah meletakkan jawatan dan perkara ini nyata merisaukan pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini dimana mereka bimbang tidak akan mendapat baki bayaran geran.

MFL
Kevin Ramalingam

Pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super akan mendapat bayaran geran sebanyak RM3 Juta manakala pasukan yang beraksi di Liga Perdana akan mendapat bayaran sebanyak RM1 Juta.

MFL sebelum ini mengambil langkah untuk melunaskan bayaran itu secara berperingkat dan sudah melangsaikan separuh daripada jumlah geran pada 15 Julai lalu.

Baca artikel lain mengenai MFL di sini:

RASMI: Kevin Ramalingam Sah Letak Jawatan Sebagai CEO Malaysia Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Dilantik Pemangku

MFL Bekerjasama Dengan LaLiga Anjurkan Program Pemasaran Sukan

Tindakan MFL Tarik Balik Saman Terhadap TM Adalah Langkah Yang Betul