Beberapa buah stadium kelab bola sepak di Jepun sudah mula beralih dari menggunakan rumput asli kepada ‘hybrid grass’ iaitu satu teknologi baru yang sudah mula mendapat perhatian diseluruh dunia.

Hybrid Grass ini adalah gabungan penggunaan rumput asli dan juga rumput sintetik pada kadar ratio yang sama untuk memaksimakan kelebihan masing-masing.

Menurut sebuah laman web syarikat Toyo Green yang telah menerima kontrak bagi menyiapkan padang kelab Yokohama F Marinos, Nissan Stadium memberitahu bahawa mereka mula membangunkan teknologi ini sejak 2015 dan lokasi utama Hybrid Grass ini adalah di Saitama.

Pada peringkat awal, Toyo Green menggunakan gabungan rumput asli dari jenis Bermuda dan rumput sintetik untuk melihat sejauh mana ketahanannya. Rumput Bermuda ini dipilih kerana dari semua 12 stadium ketika Piala Dunia 2014 Brazil berlangsung 5 daripadanya menggunakan rumput jenis ini.

Bagaimana Rupa ‘Hybrid Grass’ Sebenarnya?

Rumput jenis ini juga sebenarnya dikenali dengan banyak nama seperti Xtragrass atau pun ‘Reinforce Natural Grass’ dan telah banyak digunakan di negara-negara eropah terutamanya.

hybrid grass

Gambar diatas menunjukkan secara jelas rupa sebenar gabungan rumput asli dan rumput sintetik.

Untuk melihat lebih jelas bagaimana struktur Hybrid Grass ini ditanam, dengan merujuk gambaran keratan rentas struktur padang dibawah, kita dapat perhatikan bahawa rumput asli ditanam secar berselang-seli dengan rumput sintetik.

Apabila rumput asli telah matang, akarnya akan terus berkembang dan memegang struktur rumput sintetik yang ditanam pada kedalaman sekitar 20cm dari paras tanah. Jarak diantara rumput sintetik ini pula dianggarkan sekitar 2cm setiap satu.

Disamping dapat mengelakkan lagi rumput asli tercabut dengan mudah ia juga mampu untuk mencengkam tanah lebih kuat serta menghalang tanah dari tercabut dan merosakkan permukaan padang.

hybrid grass

Mengapa Hybrid Grass Menjadi Pilihan Terkini Grassmaster?

Rumput jenis ini kini mula menjadi pilihan grassmaster dari Jepun selepas melihat kelebihan yang ada berdasarkan penggunaan yang lebih tinggi di eropah.

Berikut adalah diantara kelebihan menggunakan Hybrid Grass berbanding rumput asli atau rumput sintetik.

  • Mempunyai kondisi yang sama seperti rumput asli 100%
  • Mempercepatkan proses pemulihan rumput asli yang rosak dengan lebih cepat.
  • Padang lebih tahan lasak 3 kali ganda
  • Mengurangkan kos penyelenggaraan dalam tempah jangka masa panjang sehingga 70%.
  • Ketahanan yang lebih tinggi terhadap perubahan suhu terutama bagi negara 4 musim.

Bagaimana Proses Untuk Memasang Hybrid Grass Dilakukan

Tonton video dari Desso Master dibawah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana proses memasang Hybrid Grass dilakukan.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan samada padang di stadium pasukan Liga Malaysia menggunakan teknologi seperti ini ataupun tidak.

Dan sekiranya masih belum ada, mungkin boleh dipertimbangkan walaupun mungkin kos yang terlibat adalah tinggi tetapi ia memiliki ketahanan yang tinggi serta menjimatkan kos dalam jangkamasa panjang.

Nota: Nissan Stadium sudah memasang Hybrid Grass untuk dalam perlawanan JLeague untuk melihat sejauh mana ketahanan rumput jenis ini sebagai persediaan menjelang kejohanan Ragbi Piala Dunia 2019 serta kesan positif untuk jangkamasa panjang.

Selain itu juga, Noevir Stadium – Vissel Kobe, Oita Stadium dan beberapa lagi stadium lain juga sudah beralih kepada Hybrid Grass yang lebih mudah diselenggarakan.

Sumber