Melaka United membuat perubahan di bahagian serangan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini apabila bakal meminjam seorang penyerang dari Brazil.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain pinjaman yang dimaksudkan ialah Giovane Gomez, penyerang berusia 25 tahun yang ketika ini beraksi bersama kelab divisyen empat Brazil, Caxias-RS.
Melaka United FC berjaya mendapatkan penyerang baru secara pinjaman Giovane Gomes dari kelab Brazil, difahamkan telah menjalani ujain perubatan hari ini bagi menggantikan Stefan Nikolic selain Alex Goncalves yang ditamatkan kontrak.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 12, 2021
Melaka memutuskan untuk menggantikan penyerang import sedia ada dengan pemain baharu ekoran prestasi kurang memberangsangkan yang ditampilkan oleh Stefan Nikolic dan Alex Goncalves.
Nikolic dan Goncalves dilihat bergelut untuk beradaptasi dengan saingan Liga Malaysia selain gagal untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang diterapkan oleh ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan.
Melaka kini menghuni tangga ke-11 dalam carta Liga Super sekaligus menduduki zon penyingkiran selepas hanya mengutip 11 mata selepas menghadapi 13 perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Gelembung Sukan: Ini Perkara Yang Perlu Kita Faham Dalam Konteks Bola Sepak Tempatan
Safawi Tidak Sabar Turun Berlatih Bersama Skuad Harimau Malaya
Hafizul Hakim Jadi Rebutan Pasukan Pantai Timur Dan Selatan Tanah Air