Ketua jurulatih Perak, Mehmeh Durakovic mengakui bukan mudah untuk hidup bersendirian tanpa dua perkara penting iaitu keluarganya dan sukan bola sepak.
Penularan wabak pandemik COVID-19 memaksa pengendali dari Australia itu tinggal seorang diri di rumah tanpa kelibat anak dan isterinya.
Menurutnya, keluarganya sepatutnya tiba di Ipoh pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Katanya dalam New Straits Times, isteri dan anaknya selamat di Australia kerana sedang menjalani perintah ‘Lockdown’ di sana.
“Ini adalah waktu yang paling lama tanpa keluarga dan bola sepak. Ianya bukan mudah bagi saya kerana sudah biasa menjalani kehidupan bersama keluarga.
“Begitu juga tiada perlawanan bola sepak dalam tempoh yang cukup panjang dalam hidup saya. Saya perlu berfikir diluar kotak untuk memastikan semua pemain saya cergas” katanya.
Sepanjang tempoh PKP, beliau banyak menghabiskan masa menonton perlawanan sebelum ini untuk mengenalpasti kelemahan pasukan Perak dan turtu menuntut pemainnya melakukan perkara yang sama.
Sebelum saingan Liga Malaysia ditangguhkan, Perak mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Sabah dan kini menghuni kedudukan kedua teratas Liga Super dengan 8 mata tanpa kekalahan.
“Kami melakukan apa sahaja yang boleh mengekalkan minda bola sepak dengan menonton perlawanan di video dan televisyen. Saya mahu minda mereka bermain dengan bola sepak kekal dan berusaha kembali beraksi.
“Kami melakukan panggilan video dan bercakap dengan pemain, serta sentiasa memastikan mereka melakukan latihan di rumah untuk kekal cergas,” jelasnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
JDT, Pahang Dan Kedah Ke Asia Tahun Depan Jika Saingan Liga Malaysia 2020 Dibatalkan
Sejarah Dan Prestij Jadi Faktor Utama Saingan Piala Malaysia Dikekalkan
AFC Tiada Masalah Dengan Cadangan Format Baharu Liga Malaysia 2020