Hasrat pemain sayap negara, Safawi Rasid untuk memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 tidak kesampaian apabila pemain Iran, Mehdi Ghayedi memenangi anugerah tersebut.
Mehdi mengutip 24.4 mata sekaligus mengetepikan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 21.37 mata.
Pemain muda Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada kejohanan AFC B-23, Won Du-jae menduduki tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.
Sementara itu, Safawi Rasid yang baru saja menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Portugal, Portimonense SC menduduki tangga ke-9 dengan kutipan 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.
AFC menganjurkan anugerah tersebut sebagai penghargaan kepada pemain berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan yang ditampilkan bersama kelab dan juga pasukan kebangsaan.
Mata yang diperoleh oleh pemain berdasarkan 60 peratus undian daripada peminat manakala baki 40 peratus diberikan panel pakar terpilih.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
TMJ: Jika Nak Tegur Tentang Ranking, Fahami Proses Dan Sistem Dahulu