Media Thailand tidak begitu yakin skuad Gajah Perang mampu untuk memenangi saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini.
Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan saingan Piala AFF Suzuki kali ini akan berlangsung pada November dan Disember meskipun kebanyakan negara sedang dilanda penularan wabak Coronavirus (COVID-19).
Salah satu media tempatan, Daily News berpendapat pasukan bimbingan Akira Nishino itu sukar untuk meraih kejuaraan keenam kerana beberapa perkara.
“Dalam saingan kali ini, Thailand berdepan kesukaran kerana saingan Thai League yang hanya akan berakhir pada tahun hadapan dan perkara ini akan menyukarkan pasukan kerana mereka tidak akan dibarisi pemain terbaik.
“Kebanyakan kelab tidak akan melepaskan pemain mereka sekiranya dipanggil kerana Piala AFF tidak berada dalam kalendar FIFA,” katanya.
Pemain Thailand yang berpangkalan di Jepun seperti Chanathip Songkrasin, Theerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan Kawin Thamsatchanan dijangka terlepas aksi kali ini, sepertimana pada edisi 2018 lalu.
Thailand dilihat sedikit goyah dan sedikit bergelut apabila tampil dalam kejohanan tanpa kelibat empat pemain di atas.
Pada peringkat separuh akhir edisi sebelumnya, Thailand tewas kepada Malaysia yang mana turut menyaksikan Adisak Kraisorn gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan separuh akhir kedua.
Baca artikel lain mengenai pemain dan pasukan kebangsaan Thailand di sini:
Charyl Chappuis Mahu Kembali Barisi Pasukan Kebangsaan Thailand
Penyerang Thailand Hampir “Pupus” Kerana Kelibat Pemain Import Dalam Saingan Thai League
Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara