Media sukan tersohor Thailand hari ini mula ‘bersiul’ mengenai perpindahan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo untuk kembali ke saingan Thai League.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh SiamSport itu, mereka mengaitkan perpindahan Diogo ke BG Pathum United dan menyebut bahawa kelab itu bersedia untuk membayar harga mahal gaji bulanan yang dianggarkan sekitar THB4 juta sebulan atau RM548,000.

Jika menjadi kenyataan Diogo yang kontraknya akan tamat pada penghujung musim 2020 ini bakal menjadi pemain berprofil tinggi terbaru menyertai BG Pathum United apabila kelab itu telah membawa Saarach Yooyen dan Andres Tunez baru-baru ini.

BG Pathum United dilihat cuba untuk memperkasakan pasukan bagi mencabar kejuaraan Thai League selain mahu merebut slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League dan kehadiran Diogo bakal memberikan tonik kepada pasukan tersebut.

Capture

Tidak lama sebelum ini ada ‘rumours’ yang berlegar-legar mengatakan ada sebuah pasukan dari Pathum Thani akan membuat satu ‘surprise deal’ bagi membawa penyerang JDT itu sebelum bulan September.

Kelab BG Pathum United dilaporkan juga bersedia untuk membayar kontrak Diogo yang diura-urakan tidak semahal yang disangka oleh orang ramai.

Sehingga kini masih tiada sebarang kepastian dan ramai pihak akan ternanti-nanti samada ‘deal’ ini akan menjadi kenyataan ataupun tidak. Aksi Diogo sentiasa dirinduiĀ  oleh kebanyakan peminat bola sepak di Thailand terutamanya Buriram United.

Sama-sama kita nantikan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

TMJ: Luqman Hakim Bukan Dibeli KV Kortrijk, Tetapi Tan Sri ‘Terpaksa’ Ambil Sebab Ada ‘Special Request’

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia

Sumber