Media Korea Selatan mengklaim Lee Kang In sebagai pengganti Lionel Messi di PSG. Pemain serangan Mallorca, Lee Kang-in sedang dalam “perbincangan lanjutan” untuk menyertai gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint Germain (PSG), menurut Fabrizio Romano.
Baca Juga:
- Mbappe: Surat Tu Hanya Untuk Pengesahan Saya Tak Akan Kekal Di PSG
- Exco PSSI Beri Jaminan Messi Datang Indonesia Seperti Dijadualkan
- Lionel Messi Tak Jadi Datang, Peminat Indonesia Jual Tiket
Pakar perpindahan eropah itu yakin bahawa pemain Korea Selatan, Lee Kang In akan diumumkan secara rasmi oleh Paris St Germain dalam masa terdekat.
Lee, yang terlibat secara langsung dalam 13 gol musim lalu, telah dikaitkan dengan beberapa kelab musim ini termasuk pasukan La Liga Atletico Madrid dan pasukan Liga Perdana Aston Villa.
PSG pula tidak pernah dikaitkan dengan pemain itu. Namun mengejutkan apabila PSG telah berjaya meyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka.
“PSG telah mencapai persetujuan lisan penuh dengan Kang-in Lee dalam kontrak jangka panjang, pemain itu menyelesaikan bahagian utama perubatan,” tweet Fabrizio Romano.
Fabrizio Romano menambah: “Butiran akhir sedang disusun dengan Mallorca berhubung struktur perjanjian – tak lama lagi dah boleh ‘Here We Go’.”
Berita itu membuatkan media Korea Selatan benar benar teruja. Di mana media Korean Joong Ang Daily menganggap Lee Kang In adalah pengganti kepada Lionel Messi di kelab berpangkalan di Paris itu.
Messi meninggalkan PSG untuk menyertai Inter Miami. Messi pergi secara percuma.
Dan terbaru Kylian Mbappe pula mahu meninggalkan kelab itu secara percuma pada akhir musim depan. Dia tidak mahu mengaktikan lanjutan kontrak 2025.