Sebuah portal tersohor Jepun, Sports Hochi semalam melaporkan bahawa penjaga gol skuad kebangsaan Vietnam, Dang Van Lam hampir pasti menyertai kelab Cerezo Osaka untuk musim 2021 dalam saingan J1 League.

Dalam artikel tersebut menyatakan jika semuanya berjalan lancar, Dang Van Lam akan muncul sebagai pemain Vietnam ke-4 menyertai kelab J.League selepas Nguyen Cong Phuong, Nguyen Tuan Anh dan Le Cong Vinh.

Selain itu, sebuah portal dari Vietnam iaitu Sports5 mendedahkan bahawa Dang Van Lam sudah melengkapkan rundingan dengan kelab Jepun tersebut semalam.

Setakat ini masih tiada butiran mengenai rundingan didedahkan namun seperti yang dilaporkan sebelum ini, pihak SCG Muangthong United sedia melepaskan penjaga gol mereka itu sekiranya menerima tawaran yang munasabah.

photo_2021-01-07_12-40-48

Penjaga gol kacukan Vietnam (bapa) dan Russia (ibu) yang memiliki ketinggian 188 cm itu kini dikatakan sedang menanti pelepasan untuk terbang ke Osaka menyertai kelab baharunya itu untuk diperkenalkan secara rasmi.

Beberapa media besar lain Vietnam seperti ZingNews mengesahkan perkara ini dan menyatakan bahawa Cerezo Osaka telah membeli Dang Van Lam dari SCG Muangthong United yang memiliki baki kontrak sehingga 31 Mei 2022 bersama kelab berpangkalan di Nonthaburi itu.

ZingNews melaporkan bahawa kelab Ho Chi Minh City FC turut berminat untuk memiliki Dang Van Lam, namun tewas kepada bidaan USD1 juta yang dibuat oleh Cerezo Osaka. Perpindahan Dang Van Lam ini juga bakal menyaksikan beliau muncul sebagai pemain Vietnam pertama menyertai kelab J1 League.

Jangan lupa untuk terus membaca 3 artikel terpilih VOCKET FC seperti dibawah.

“Era Kita Seronok Lihat Pemain Jepun Ke Luar Negara Sudah Tamat. Bukan Sekadar Hantar Pemain Ke Eropah.”

TMJ: Proses Naik Taraf Padang Stadium Sultan Ibrahim Berjalan Lancar Dan Kualiti Juga Amat Baik

RASMI: Chonburi FC Umumkan Ketibaan Junior Eldstal, Mahu Bantu Kelab Dengan Pengalaman Dimiliki

Sumber