Delegasi Al Hilal dilaporkan sudah tiba di Paris untuk berunding tentang perpindahan Kylian Mbappe.

Baca Juga:

Kelab Arab Saudi itu sedia membayar PSG €300 juta sebagai yuran perpindahan dan menawarkan kontrak sehingga €700 juta kepada pemain tersebut.

Ini merangkumi gaji €200 juta semusim dan ditambah dengan hak komersial.

Al Hilal sedia menawarkan kontrak cuma setahun kepada Kylian Mbappe. Dan pemain itu bebas untuk meninggalkan kelab itu secara percuma pada musim hadapan sebagai free agent.

Mbappe dikaitkan dengan usaha untuk menyertai Real Madrid secara percuma.

Delegasi Al Hilal tiba di PSG untuk menunjukkan betapa seriusnya mereka mahukan Mbappe. PSG sudah menerima bidaan €300 juta itu dan menunggu dari pihak pemain untuk memberikan persetujuan.

Al Hilal berharap dengan ketibaan delegasi kelab itu di Paris akan melembutkan hati Mbappe untuk menyertai mereka. Kerana sebelum ini Mbappe tidak berminat untuk ke Liga Pro Arab Saudi.

Malangnya, Mbappe dilaporkan tidak mahu bercakap atau berjumpa dengan wakil Al Hilal.

PSG benar benar bengang dengan sikap Mbappe. Kerana mereka tidak mahu kehilangan pemain itu secara percuma pada akhir musim ini.

PSG malah menggugurkan nama Mbappe daripada jelajah pra musim di Asia. Dan mengarahkan Luis Enrique menyisihkan pemain itu ke bangku simpanan pada musim ini jika Mbappe tidak mahu berpindah tanpa melanjutkan kontrak baharu.