Kylian Mbappe mengesahkan dia menghantar surat menyatakan dia tak akan kekal atau melanjutkan kontrak di PSG setahun lagi.
Perkara itu membuatkan PSG kecewa. Dan mereka mendesak Mbappe untuk melanjutkan kontrak sehingga 2025 atau dia akan dijual.
Mbappe tidak kisah untuk dijual atau kekal sahaja di kelab itu semusim lagi.
Musim lalu, PSG mengumumkan Mbappe kekal di kelab itu selepas pemain itu membuat u turn ke atas Real Madrid.
Dan menariknya, PSG meraikan Mbappe dengan jersi 2025 merujuk kepada kontrak 3 tahun.
Rupa rupanya kontrak Mbappe cuma 2 tahun, manakala setahun lagi adalah pilihan untuk lanjutan.
Kylian Mbappe kemudian mengeluarkan satu lagi kenyataan menerusi AFP dengan berkata: “Saya tidak pernah berbincang tentang pembaharuan kontrak di PSG.”
“Lembaga Pengarah Kelab telah dimaklumkan sejak 15 Julai 2022 lagi, bahawa keputusan saya untuk tidak melanjutkan kontrak selepas 2024.”
“Surat yang saya hantar itu cuma untuk mengesahkan sahaja perkara itu, bahawa saya sudah memberitahu mereka sebelum ini.”
🚨🚨 Kylian Mbappé statement to AFP.
“I have NEVER discussed any contract renewal with PSG”.
“The board has been informed since July 15th, 2022 of my decision not to extend beyond 2024 — and the letter sent was only meant to confirm what I already told them”. pic.twitter.com/ggaO5ZPfqm
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 13, 2023
PSG benar benar rungsing memikirkan situasi Mbappe yang tak akan kekal bersama mereka.
Di mana PSG baru sahaja kehilangan Lionel Messi secara percuma.
Dan kini, mereka tidak mahu perkara sama berlaku. Namun sukar untuk mereka menjual Mbappe yang sudah terang terangan memberitahu tak akan melanjutkan kontraknya.
Bermakna, kelab seperti Real Madrid mungkin akan menunggu setahun lagi untuk mendapatkan pemain itu secara percuma. Memandangkan usia Mbappe masih muda.
PSG sebelum ini yakin bahawa Mbappe adalah teras kepada projek mereka sebaik sahaja dia menandatangani kontrak baharu.
Dia juga diberikan banyak kuasa autonomi, malah ada kuasa yang ala pemilik kelab.
Mbappe malah berkuasa dalam memberikan pandangan kepada pengurusan tertinggi berkaitan jual beli pemain atau perlantikan pengurus dan pengarah sukan.