Kylian Mbappe dilaporkan lebih rela untuk terus duduk di bangku simpanan berbanding berpindah ke Liga Pro Arab Saudi.

Al Hilal dilaporkan sedia membayar €300 juta untuk mendapatkan pemain antarabangsa Perancis itu.

Namun Mbappe sehingga saat ini tidak berminat dengannya.

Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi sudah mengarahkan Luis Enrique untuk membekukan Kylian Mbappe dengan meletakkannya di bangku simpanan sepanjang musim hadapan – jika pemain itu terus kekal di PSG, tanpa melanjutkan kontrak baharu.

PSG tidak dapat menerima kalau Mbappe terus kekal di kelab itu dan bergelar ejen bebas pada musim berikutnya.

Kontrak semasa Mbappe masih ada setahun sahaja lagi. Dengan PSG mengesyaki Mbappe sudah mencapai kesepakatan dengan Real Madrid di belakang mereka.

Mbappe sebelum ini sudah menyatakan dia tidak pernah merancang untuk kekal di PSG lebih daripada 2024. Dia sebelum ini melanjutkan kontrak 2 tahun wajib dan 1 tahun tambahan yang berbentuk pilihan.

Mbappe memutuskan tidak mahu menekan klausa pilihan lanjutan semusim itu.

Keadaan itu membuatkan PSG benar benar marah kepada pemain itu. Mereka memberikan tarikh sehingga 15 Julai untuk Mbappe melanjutkan kontrak atau dia dijual segera.

Namun Mbappe masih tidak berbuat apa apa tentangnya, malah tidak bercakap langsung dengan Al Khelaifi tentang perkara itu.

PSG kemudian memberikan 31 Julai sebagai tarikh akhir baharu untuk Mbappe melanjutkan kontraknya sekurang kurangnya untuk setahun dulu.

Namun buat masa ini masih tiada tanda tanda Mbappe mahu melanjutkan kontrak itu.

PSG mengeluarkan arahan agar Mbappe disimpan di bangku simpanan jika dia cuba untuk kekal semusim lagi di kelab itu tanpa melanjutkan kontrak.

PSG menerima bidaan dari Al Hilal bernilai €300 juta untuk Mbappe. Dan mereka berharap pemain itu menerimanya.

Mbappe malah lebih rela untuk duduk di bangku simpanan sepanjang musim ini daripada dia pergi ke Arab Saudi.