Kylian Mbappe menuduh penyokong AC Milan agak melampau di atas layanan mereka kepada bekas penjaga gol mereka, Gianluigi Donnarumma.

Ini selepas penyokong Milan melayan kepulangan semula penjaga gol itu ke San Siro dengan menabur wang kertas palsu dengan menggelarkkannya Dollarumma dalam aksi antara AC Milan dan PSG.

Mbappe dilihat tersenyum sinis ketika melihat kelakuan peminat peminat Milan ke atas Donnarumma yang terpaksa mengutip wang kertas itu dan mengeluarkannya.

Kylian Mbappe turut mengucapkan tahniah kepada Milan selepas kemenangan ke atas PSG. Cuma Mbappe tidak gembira dengan cara penyokong AC Milan melayan Donnarumma.

Rossoneri kecewa kalah dalam pertemuan mereka sebelum ini di tangan pasukan gergasi Paris bulan lalu, tewas 3-0. Namun kali ini kelihatan jauh lebih berdaya tahan di hadapan Stadio Giuseppe Meazza yang penuh sesak.

Milan beraksi dengan baik dan bekerja keras untuk menang 2-1 ke atas PSG pada malam Selasa, meraih ketiga-tiga mata selepas jaringan Rafael Leao dan Olivier Giroud, menghapuskan kelebihan gol pembukaan Milan Skriniar untuk PSG.

Selepas tamat perlawanan Mbappe berkata: “Masalahnya ialah kami sendiri, apabila kami tidak menang masalah selalunya berpunca dari diri sendiri.”

“Kami tidak berjaya menang, Milan mempunyai keyakinan dan tahniah kepada mereka.”

Dia ditanya apa yang diharapkan oleh pasukan Ligue 1 itu dalam perjalanan mereka ke San Siro.

“Kami tidak mengharapkan sesuatu yang berbeza daripada mereka. Kami hanya berharap untuk datang ke sini dan menang, ia tidak dilaksanakan.”

“Kami mahu mengekalkan kedudukan kami di tempat teratas dalam kumpulan, kini kami kedua. Tetapi masih ada perlawanan di tempat sendiri menentang Newcastle yang kami perlu menang dan kemudian kami akan lihat apa yang berlaku.”

Kemudiannya, Mbappe membincangkan tentang layanan peminat San Siro kepada Donnarumma, yang diejek oleh majoriti penyokong tuan rumah.

“Terdapat banyak bunyi ejekan bising dan mereka memberikan Gigio sambutan yang agak sukar. Saya rasa ia agak berlebihan, tetapi begitulah, itulah bola sepak pada masa kini.”

“Peminat melakukan apa yang mereka mahu, kita tidak boleh tahu apa yang mereka rasa dalam diri mereka.”

“Kami melindungi Gigio sebaik mungkin, dan kami berasa kasihan kepadanya malam ini ini.”

Peminat AC Milan berdendam dengan Donnarumma selepas pemain itu dianggap mempermainkan kelab mereka sebelum ini dalam isu kontrak sehinggakan dia pergi secara percuma ke PSG. Milan melopong tak mendapat sebarang bayaran untuk pemain itu 2 tahun lalu.