Kylian Mbappe dilantik menjadi kapten pasukan Perancis yang baharu. Didier Deschamps memberikan kepercayaan kepada penyerang muda sensasi PSG itu.

Baca Juga:

Beberapa bulan lalu, kapten Perancis, Hugo Lloris telah mengumumkan persaraannya daripada peringkat kebangsaan setelah 14 tahun berkhidmat daripada 2008 sehingga 2022.

Nama Kylian Mbappe sentiasa menjadi sebutan bakal menggantikan Lloris untuk memakai lilitan kapten Perancis.

Mbappe menjadi pemain utama Perancis sejak usia remaja. Membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018, ketika baru berusia 19 tahun. Dia ketika itu sudah menjadi pemain utama pasukan.

Pada Piala Dunia 2022, Mbappe membantu Perancis menjadi naib juara. Dia memenangi kasut emas Piala Dunia 2022 dan menjaringkan hatrik pada aksi final Piala Dunia 2022.

Mbappe, 24, akan menjadi salah seorang kapten termuda dalam sejarah Perancis.

Dia yang sudah memiliki 66 kaps dan 36 gol untuk Les Bleus dianggap sebagai pemain yang akan mendominasi pencalonan Ballon d’Or untuk tempoh yang lama selepas ni.

Mbappe boleh bermain di kesemua posisi di bahagian serangan. Dikenali dengan gaya permainan yang laju dan lasak ketika di atas padang. Menjadikan dia sebagai igauan ngeri buat pertahanan.

Sementara itu, Antoine Griezmann pula akan dilantik menjadi timbalan kapten yang baharu.

Bagi posisi penjaga gol utama, Didier Deschamps mengesahkan bahawa posisi itu kini milik penjaga gol AC Milan, Mike Maignan yang cemerlang menjadi salah seorang penjaga gol terbaik di Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini.