Kylian Mbappe kehilangan statusnya sebagai pemain dengan nilai tertinggi di pasaran untuk bola sepak dunia.
Baca Juga:
- Leonardo: Demi Kebaikan Kylian Mbappe Dan PSG Perlu Berpisah
- PSG Ancam Jual Mbappe Jika Tak Lanjutkan Kontrak Dalam 2 Minggu Ini
- Mbappe: Surat Tu Hanya Untuk Pengesahan Saya Tak Akan Kekal Di PSG
Kini tempat itu diambil alih oleh penyerang sensasi Manchester City iaitu Erling Haaland – menurut Football Benchmark.
Mbappe dan Haaland seringkali dianggap sebagai 2 pesaing baharu untuk merebut status pemain terbaik dunia selepas era perseteruan Ronaldo-Messi.
Laman Football Benchmark mengiktiraf Haaland sebagai pemain dengan nilai pasaran tertinggi di dunia pada masa ini berbanding Mbappe.
Nilai semasa Erling Haaland adalah €194.2 juta untuk menjadikannya pemain dengan nilai pasaran tertinggi di dunia.
Nilai pasaran Haaland melonjak naik selepas dia membantu Man City bergelar juara treble. Dia menjaringkan 53 gol dalam semusim pada musim lagi dalam semua pertandingan untuk Man City.
Menjulang EPL, Piala FA dan Liga Juara Juara Eropah bersama dengan City.
Sementara itu, Mbappe kini di belakang Haaland. Dia membantu PSG menjuarai Ligue 1 dan membantu Perancis ke final Piala Dunia 2022 – kalah di tangan Argentina.
Mbappe ketika ini diletakkan nilai pasaran €181.6 juta oleh Football Benchmark.
Mbappe kini masih dalam situasi di mana dia diminta untuk menyelesaikan isu tentang masa depannya dengan PSG.
Mbappe menolak untuk kekal lebih daripada musim 2023/24. Dengan Real Madrid dianggap destinasi baharu Mbappe selepas meninggalkan PSG.
Di tempat ketiga ialah Vinicius Jr dengan nilai pasaran €157.5 diikuti oleh Jude Bellingham yang turut beraksi untuk Real Madrid dengan nilai pasaran €152.3.
Melengkapkan senarai 5 teratas ialah Jamal Musiala dengan nilai €149.3 juta.