Kylian Mbappe kini bakal menerima bonus khas di atas kesetiaan dia kepada PSG selepas semusim. Bonus itu bernilai €60 juta akan diterima oleh Mbappe.

Mbappe sebelum ini menandatangani kontrak 2 tahun wajib dan 1 tahun lagi pilihan khas. Dan Mbappe memutuskan untuk tidak mengaktifkan lanjutan setahun tersebut.

Sebelum ini PSG sudah memberikan amaran kepada Mbappe bahawa dia harus dijual jika berterusan tidak mahu melanjutkan kontrak itu.

Mbappe langsung tak kisah malah mahu terus setia bersama PSG sehingga kontraknya tamat pada akhir musim ini.

PSG menerima bidaan €300 juta dari Al Hilal. Yang sanggup mendapatkan Mbappe hanya untuk semusim sahaja dan pemain itu bebas keluar sebagai ejen bebas pada musim hadapan.

Malangnya, Mbappe terus berkeras mahu kekal di PSG. Membuatkan kelab itu mengesyaki bahawa Mbappe sudah mengadakan kesepakatan di belakang mereka dengan Real Madrid.

Semalam laporan menyebut bahawa Real Madrid akhirnya menghantar surat pertanyaan khas berkaitan harga Mbappe. PSG meletakkan nilai €250 juta. Sedangkan sebelum ini PSG mahu menjual Mbappe €200 juta ke Real Madrid.

Angka itu sebelum ini dianggap terlalu mahal oleh Real Madrid. Dan adakah Madrid sedia membayar €250 juta untuk pemain yang mereka boleh dapat secara percuma musim hadapan?

Kini PSG dilaporkan agak bengang dengan Mbappe yang kelihatannya mahu menjadi ejen bebas dan pergi ke Real Madrid secara percuma.

Sehinggakan ada arahan kepada Luis Enrique agar Mbappe dibekukan di bangku simpanan untuk sepanjang musim ini.

Dan kini Mbappe menunggu pula habuan di atas ‘kesetiaannya’ dengan menerima bonus khas.

Seterusnya Mbappe juga ada klausa menyatakan dia boleh menuntut €150 juta jika dia dijual ke kelab lain sebelum kontraknya berakhir tanpa kerelaannya.

Siapa tahu, lepas Mbappe ambil bonus kesetiaan €60 juta, dia menerima tawaran bernilai €700 secara keseluruhan dari Al Hilal?