Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe ancam tinggalkan PSG pada Januari ini. Pemain itu dikatakan sedia untuk meminta dilepaskan kerana tidak gembira dengan banyak perkara di PSG.

Artikel Berkaitan:

Marca melaporkan, antara sebabnya adalah pengaruh pada Lionel Messi yang menurutnya terlalu kuat. Walaupun Mbappe sudah dijanjikan kepentingannya dalam projek baharu kelab.

Keputusan Paris Saint-Germain untuk menjadikan Kylian Mbappe sebagai pemain dengan bayaran tertinggi dan memberikan kuasa untuk bersuara dalam pembangunan pasukan nampaknya masih tidak menjamin pemain itu akan gembira.

Mbappe diberikan kuasa untuk melontarkan pandangannya tentang jual beli pemain dan perlantikan pengurus. Malah sebelum ini Mbappe turut diberikan kuasa untuk bersuara tentang pengarah sukan. Ianya menjadi sebab kenapa Leonardo turut dipecat bersama sama dengan Mauricio Pochettino.

Hanya lima bulan selepas menandatangani kontrak baharu, kini sudah ada khabar angin menyatakan bahawa Kylian Mbappe ancam tinggalkan PSG. Dia mahu angkat kaki pada Januari ini.

Mbappe tidak gembira dengan taktikal Galtier yang mengongkongnya. Berbanding dengan taktikal Didier Deschamps di Perancis yang memberikannya lebih kebebasan bergerak di belakang Olivier Giroud.

Mbappe sudah 2 kali mengkritik taktikal itu. Christophe Galtier dengan tenang menerima teguran Mbappe tersebut. Sambil menegaskan bahawa, memang kelab sedang mencari pemain tipikal Giroud untuk digandingkan dengan Mbappe.

Selain itu, Mbappe tidak berpuas hati kerana ternyata Messi masih menjadi orang yang paling berpengaruh di bilik persalinan PSG.

Ianya bertentangan dengan janji kelab yang mahu menjadikannya pemain paling berpengaruh.

Seterusnya rata rata pemain di PSG lebih menghormati Lionel Messi berbanding dengan Mbappe. Lebih-lebih lagi Messi berjaya kembali mempamerkan aksi terbaiknya selepas musim pertama yang agak tidak menentu.

Dalam 13 perlawanan dalam semua pertandingan pada musim 2022/2023, Messi sudah mencatat lapan gol dan lapan assist.

Mbappe sebenarnya menikmati perkhidmatan daripada Messi. Di mana Messi telah beberapa kali mencipta gol untuknya. Mbappe secara keseluruhannya telah menjaringkan 11 gol setakat ini.

Ramai berpendapat, agak sukar untuk Mbappe tinggalkan PSG Januari ini kerana PSG pastinya akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Selain itu Mbappe juga memiliki gaji yang sangat tinggi bersama dengan Juara Perancis itu.