Bek kanan Tottenham Hotspur, Matt Doherty tanpa berselindung mengakui bahawa para pemain kelab tersebut yang menjadi penyebab kepada pemecatan pengendali terdahulu, Jose Mourinho.

Pengurus kelahiran Portugal itu dilantik bagi menggantikan Mauricio Pochettino pada 4 Oktober 2020 dan jodohnya hanya mampu bertahan kira-kira setahun setengah apabila beliau dipecat sekali gus menjadikan gagal menghadiahkan Spurs sebarang piala.

Sehubungan dengan itu, Doherty berpendapat Mourinho tidak diberikan masa yang mencukupi untuk membuktikan kemampuannya dalam membimbing Tottenham Hotspur.

Sebagai rekod, sebaik sahaja Mourinho meninggalkan Porto untuk ke Chelsea, beliau tidak pernah ketandusan menjulang piala setiap kali membimbing pasukan baharu.

“Dia [Jose Mourinho] hanya berada di sini selama 18 bulan,” ujar Doherty menurut laporan dikeluarkan Goal.

Tottenham Hotspur

“Sekiranya dia berada di sini selama tiga atau empat tahun, sudah pasti ia akan menjadi satu keadaan yang sangat berbeza [untuk memenangi piala]. Namun, kami gagal untuk memberikan hasil terbaik buatnya.”

“Selalu pengurus yang kehilangan pekerjaan mereka, tetapi sebagai pemain, kamilah yang berada di padang dan gagal memberikan hasil terbaik buatnya. Sayang sekali kerana dia merupakan salah seorang pengurus terbaik di dunia.”

“Saya mempunyai hubungan yang hebat dengannya. Dia merupakan jiran saya sepanjang tahun, jadi hubungan kami sangat baik. Dia merupakan seorang yang hebat tetapi, inilah perkara yang berlaku dalam bola sepak.”

“Begitulah adanya tetapi dia merupakan Jose Mourinho, dia salah seorang yang terbaik dan saya tiada apa-apa kecuali pujian buatnya,” tambah Matt Doherty lagi.

Jose Mourinho tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan pasukan baharu apabila beliau sudah pun diumumkan sebagai pengurus AS Roma bagi menghadapi saingan musim 2021/22.

Baca artikel lain mengenai Jose Mourinho:

TERKINI: Jose Mourinho Dipecat, Ryan Mason Jadi Interim

Jose Mourinho: Tak Sukar Pun Nak Bimbing Chelsea

Jose Mourinho Tembak Media Sosial Arsenal

 

 

Sumber