Ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Brad Maloney mengakui Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal tetap berminat untuk membantu skuad negara dalam Kejuaraan AFF B-23 2022 di Kemboja bermula 14 Februari ini meskipun beliau kini sedang menghadapi masalah.

Perkembangan terkini dilaporkan sumber Bernama itu menyebut Maloney sudah pun berhubung dengan pemain tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) tersebut.

Dengan tempoh masa yang kian suntuk sebelum kejohanan bermula, Maloney turut mendedahkan Wan Kuzri perlu untuk menyelesaikan terlebih dahulu masalah peribadi melibatkannya di sana.

Bagaimanapun, sekiranya adik kepada Wan Kuzain itu berjaya menyelesaikan segala urusan tersebut dan sempat tiba di Malaysia, beliau tetap tidak akan diberikan keistimewaan serta masih perlu untuk bersaing bagi merebut tempat dengan pemain lain.

“Saya telah berbual dengannya semalam [kelmarin] dan dia kelihatan amat berminat untuk turut serta, namun kini kita kesuntukan masa. Harap-harap dia boleh sertai skuad secepat mungkin.”

Wan Kuzri ketika bersama skuad B-19 negara. Kredit foto: FAM

“Sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpur, dia perlu menjalani kuarantin untuk tempoh tertentu dan sebaik sahaja dia menyelesaikan urusannya di AS, kita akan buat keputusan muktamad berhubung perkara itu.”

“Semua orang memiliki peluang yang sama. Seperti yang saya katakan pintu kami sentiasa terbuka, jadi masih terdapat ramai pemain yang layak menyertai pasukan ini dan kami sentiasa berfikiran terbuka mengenainya,” ujar Brad Maloney bercakap kepada wakil Bernama.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022 bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B menentang Myanmar (15 Februari) di Stadium Prince, Laos pada 18 Februari di Stadium Prince.

Manakala aksi terakhir peringkat kumpulan adalah pertemuan menentang Indonesia pada 21 FebruariĀ  di Stadium Nasional Morodok Techo.

Seterusnya juara Kumpulan A, B dan C serta satu pasukan naib juara kumpulan terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari 2022 manakala Final dijadual berlangsung pada 26 Februari 2022. Saingan kalah mati ini berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo.

Baca artikel lain mengenai Wan Ahmad Kuzri:

Piala AFF B-23: Wan Kuzri Kembali Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia

Brad Maloney Harap Wan Kuzri Dapat Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia B-19 Pada Januari 2021

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos

 

Sumber