Kelab Chinese Super League (CSL), Shandong Luneng sah membawa pemain Manchester United, Marouane Fellaini dengan yuran perpindahan yang bernilai RM53,715,288 mengikut beberapa sumber media dari China.

Fellaini ditawarkan kontrak bersama Shandong Luneng selama 3 musim dengan gaji sekitar RM1,262,497 (£235,000) seminggu selepas ditolak cukai.

https://twitter.com/asaikana/status/1090602299125161986

Bekas pemain Southampton dari Itali, Graziano Pellè dijangka akan menjadi gandingan Fellaini dalam saingan CSL musim 2019 ini selain Róger Guedes – pemain yang dipinjam dari kelab Brazil – Palmeiras.

Prospek Bertemu JDT Dalam AFC Champions League

Dalam kedudukan sekarang, Shandong Luneng berkemungkinan besar akan lolos ke saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 sekiranya berjaya menang keatas Bangkok United / Hanoi FC dalam peringkat play-off.

Jika lolos, Shandong Luneng akan berada dalam posisi E3 dalam kumpulan E, dan akan turun ke Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin pada 8 Mei 2019.