Penyerang yang berasal dari Croatia, Marko Simic mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab Indonesia, Persija Jakarta setelah beliau mendakwa pihak kelab gagar untuk membayar gajinya selama setahun.

Simic mengumumkan perkara ini menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana beliau kecewa dengan Persija kerana sentiasa memberikan janji kosong bahkan meletakkan pemain itu di bangku simpanan hanya kerana bertanya mengenai gajinya.

https://www.instagram.com/p/Cc0LlGusXhB/?igshid=NjY2NjE5MzQ=

“Dengan berat hati saya harus mengumumkan saya mengakhiri kontrak saya bersama Persija Jakarta setelah pihak kelab melanggar kontrak dengan tidak membayar gaji saya selama setahun.

“Setelah 4 setengah tahun mengabdi, 98 gol dijaringkan, 4 trofi, kejadian yang tidak terlupakan, penghargaan individu dan rekod yang telah dipecahkan, ini merupakan keputusan paling sukar bagi saya.

“Dari lubuk hati yang paling dalam, saya mencintai kelab ini, kota ini dan saya mencintai anda semua. Kita telah mencatat sejarah dan merayakan saat yang tidak akan terlupakan,” kata Marko Simic.

Marko Simic
Marko Simic

Bekas penyerang Melaka United itu turut mendedahkan beliau sering menerima janji palsu dari pihak pengurusan setiap kali beliau bertanya soal gajinya yang belum dibayar.

Malah, ada beberapa situasi dimana Simic diletakkan di bangku simpanan hanya kerana beliau bertanya apa yang menjadi haknya kepada pengurusan pasukan.

Penyerang berusia 34 tahun itu turut mendedahkan ada beberapa pihak yang telah meletakkan kariernya dalam bahaya dan hal ini menjadi salah satu faktor mengapa beliau memutuskan untuk meninggalkan Persija Jakarta.

Simic menjadi salah satu penyerang import terbaik dalam saingan Liga 1 Indonesia sejak kebelakangan ini dan beliau pernah membantu Persija memenangi gelaran liga pada 2018.

Ketika itu, Simic menjaringkan 18 gol sepanjang musim sekaligus membantu Persija memenangi trofi pertama dalam sejarah saingan Liga 1.

Selain itu, Marko Simic juga pernah membantu kelab ibu kota Indonesia itu memenangi kejuaraan lain yang ditawarkan di liga bola sepak negara tersebut seperti Piala Presiden pada 2018 dan Piala Menpora pada 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Pemain Kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine Sertai Kem Latihan Skuad B-23 Tahun

Singapura Umum Takayuki Nishigaya Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Tidak Dibayar Gaji, Egy Maulana Dan Witan Sulaeman Tinggalkan FK Senica