Ketua jurulatih TRW Kelantan FC, Marco Ragini yakin anak buahnya mampu melakar kemenangan ke atas Sarawak United pada perlawanan kelima kempen Liga Premier Malaysia 2021 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, petang esok.
Memetik sumber My Metro, Ragini melihat persefahaman tinggi para pemain dan persiapan rapi pasukan memberikan keyakinan buatnya meskipun Kelantan bakal kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan.
Dalam pada itu, beliau turut menuntut keberanian anak buahnya untuk menghadapi lawan yang masih lagi belum mengalami sebarang kekalahan pada musim ini.
“Kami perlu berani menghadapi sesiapa sahaja, kita menghormati setiap lawan namun kita tidak akan takut menghadapi mereka.
“Kami lebih yakin dengan perlawanan ini dan sejujurnya saya dapat rasakan perlawanan ini kami dapat keputusan yang baik (menang),” katanya.
“Bagaimanapun, minggu ini persediaan yang dibuat jauh lebih baik dan saya gembira kerana ketika sesi latihan, persefahaman antara pemain semakin baik.
“Jika mereka yakin dengan diri mereka, mereka (pemain) akan bermain dengan lebih baik,” jelas Marco Ragini.
Sarawak United yang dibimbing E. Elavarasan kini menghuni tangga kedua selepas mengumpul tiga kemenangan dan satu keputusan seri untuk mengumpul 10 mata manakala Kelantan menduduki tempat keenam selepas mengutip tujuh mata.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Craig Deans Mahu Meletakkan Syahrian Abimanyu Di Bangku Simpanan