Pemain yang menjadi sebutan di laman media sosial kerana dipercayai mempunyai kacukan Malaysia, Marcel Kalonda menafikan beliau lahir di Malaysia seperti yang diperkatakan.
Marcel merupakan pemain pertahanan berusia 22 tahun dan ketika ini beraksi di Liga Zambia. Beliau mula menjadi perbualan setelah diletakkan sebagai pemain dari Malaysia dalam permainan Football Manager 2020.
According to @ikmalhazeeq95, FM20 lists Congolese defender Marcel Kasongo Kalonda as being born in Sabah. The 21-year-old centre-back is currently playing for Zesco United in Zambia. pic.twitter.com/tAE7cYmpFN
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) April 29, 2020
Menurut Marcel, beliau dilahirkan di Kolwezi, ibu negara Congo dan bukan di Malaysia seperti yang diperkatakan sebelumnya.
Akan tetapi, Marcel mengesahkan datuk beliau berasal dari Sabah dan beliau pernah berkunjung ke sana ketika kecil.
Mengulas lanjut, Marcel Kalonda menyatakan beliau tidak menolak sebarang kemungkinan dan bersedia sekiranya dipanggil untuk menyertai pasukan negara satu hari nanti.
Baca artikel lain mengenai pemain naturalisasi dan kacukan negara di sini:
Rating Pemain Naturalisasi Dan Kacukan Bersama Skuad Harimau Malaya
Mohamadou Sumareh Sambut Baik Kehadiran Liridon Krasniqi Dalam Skuad Kebangsaan
FIFA Benarkan Liridon Krasniqi Sarung Jersi Harimau Malaya Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022