Marc Marquez mensasarkan dia dan Honda akan menjadi juara MotoGP 2023 selepas kemarau kejuaraan beberapa musim.

Artikel Berkaitan:

Marquez akan memulakan pemburuan kejuaraan ketujuh dalam karier MotoGP dia yang cemerlang. Dia menegaskan itulah sasaran utamanya musim 2023 walaupun mengakui masih bekerjasama dengan doktor untuk memperbaiki lengannya.

Pelumba berusia 29 tahun itu bergelut dalam beberapa musim sebelumnya. Dia berehat panjang kerana menjalani beberapa siri pembedahan.

Dia kembali semula untuk musim 2022, namun sekali lagi  mengalami kecederaan serius dan banyak tersisih sepanjang musim 2022.

Kehilangan Marquez dalam beberapa tahu ini dianggap menjadi punca kenapa Honda mulai hilang arah.

Ramai pihak menuding jari kepada Honda itu sendiri kerana mencipta motosikal yang terlalu ‘mesra Marquez semata mata’.

Perkara itu dinafikan oleh Honda dan kemudian Marquez sendiri yang menyatakan bahawa motosikal Honda dibuat dengan mengambil kira keselesaan pelumba lain juga.

Musim 2023 akan menjadi musim untuk Marquez menebus kekecewaannya.

Di Honda turut menandatangani seorang lagi pelumba berkelas dunia untuk digandingkan dengan Marquez.

Repsol Honda membawa masuk Joan Mir, juara dunia MotoGP 2020, sebagai gandingan baharu Marquez untuk musim 2023.

Bercakap tentang harapannya pada musim baharu 2023, Marquez menegaskan dia menyasarkan kejuaraan ketujuh bersama Repsol Honda.

Marquez sasar jadi juara

Marquez kini dalam proses menyesuaikan diri dengan motosikal Honda dan cuba memperbaiki prestasi motosikal tersebut bersama sama dengan jurutera.

Marquez antara pelumba yang dianggap sangat bagus dalam memberikan maklumat motosikal ditunggangnya untuk dijadikan rujukan mekanik dan jurutera.

Marquez berkata: “Saya percaya mereka akan membina motosikal yang bagus dan tugas saya adalah mempersiapkan diri sebaik mungkin untuk kemudian bertarung merebut gelaran MotoGP.”

“Itu adalah matlamat saya, matlamat Honda dan matlamat keseluruhan pasukan, mana tahu kita semua perlu bekerjasama jika mahu mencapainya,” sambungnya lagi.

Marquez berkata menjadi yang terbaik dalam perlumbaan sahaja, tidak cukup untuk memenangi kejuaraan MotoGP.

Marquez merasakan dia mesti menjadi pelumba yang lengkap dari semua aspek untuk menjadi juara.

“Kadang-kadang menjadi yang terbaik tidak mencukupi. Anda perlu menjadi yang paling lengkap, terpantas, paling bijak, menggunakan pengalaman dan kemudian menjadikan pasukan dan motosikal serta berjuang untuk kejuaraan dunia,” akhir Marquez.

Marquez turut meminta Honda memperbaiki mesin RC213V yang akan digunakan pada musim 2023. Sebelum ini Marquez dikatakan marah dengan prestasi RC213V yang menurutnya seperti motosikal ujian atau latihan semata mata.

“Kamu tidak boleh menjadi juara dunia dengan motosikal latihan semata mata,” kata Marquez yang menggesa agar perubahan segera dibuat.

“Namun saya masih percayakan Honda 100%. Ianya jenama yang memberikan saya semua kejuaraan yang saya ada pada hari ini. 6 dalam motoGP, itu bukan perkara kecil.”

“Ya benar, ada sedikit masalah dengan dinamik buat masa ini, namun saya percayakan Honda 100%,” jelas Marquez.