Alexandre ‘Mano’ Polking bukanlah satu nama asing dalam bola sepak Thailand selepas beliau membimbing skuad TRUE Bangkok United selama 7 musim dan telah berada di Thailand sejak 2012 lagi.

Beliau yang baru sahaja dilantik selaku ketua jurulatih kelab dari Vietnam, Ho Chi Minh City FC awal bulan ini telah ditemubual oleh sebuah portal sukan terkenal di negara itu, ZingNews berkenaan beberapa perkara berkaitan pandangan beliau mengenai V.League, bola sepak Vietnam dan juga Thailand.

Dalam sesi tersebut, apa yang menarik perhatian adalah apabila Mano Polking memberikan maklum balas mengenai kelebihan yang ada pada pemain kedua-dua buah negara iaitu Thailand dan Vietnam mengikut pengamatan dia sendiri.

Beliau menyebut bahawa dari segi kualiti infrastruktur seperti stadium, peralatan latihan dan sebagainya kelab dalam saingan Thai League memiliki kualiti yang lebih baik berbanding Vietnam.

Selain itu, kualiti pemain-pemain import dalam Thai League juga lebih baik kerana dibayar harga yang tinggi. Namun, ini tidak bermakna pemain import dalam aksi V.League yang dibayar lebih rendah tidak berkualiti.

Dia percaya bahawa mereka mempunyai desire yang tinggi untuk membuktikan kemampuan mereka dan akan berkerja lebih keras.

Ketika menjawab soalan mengenai perbezaan pemain dari kedua-dua buah negara, Mano Polking mengatakan bahawa;

“Seperti yang anda tengok, apabila 2 negara ini bertemu, perlawanan akan sentiasa tegang dan sukar dijangka.”

“Saya fikir pemain-pemain Vietnam memiliki fighting strength yang bagus serta tactical sense yang lebih baik. Manakala pemain-pemain dari Thailand pula lebih bagus dari segi kemahiran teknikal.

Menurut artikel yang dikeluarkan itu juga, Mano Polking dikatakan menerima gaji sekitar $30,000 atau RM121,569 sebulan untuk mengendalikan pasukan HCMC FC dan beliau secara peribadi mensasarkan untuk muncul sebagai juara V.League.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Team FAM-MSN: Yusri Che Lah Dilantik Ketua Jurulatih, 30 Pemain Perintis Beraksi Dalam Liga Premier 2021

Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United

Sumber